Connect with us

Ap Resepi

Hidangan Tambahan Sambal Tempe Basah Sedap Makan Dengan Nasi

Published

on

Terdapat pelbagai versi sambal tempe, antaranya adalah sambal tempe kering dan sambal tempe basah. Jika anda lebih suka sambal tempe basah, anda boleh mencuba resipi yang telah dikongsikan oleh Mariana Zainal ini.

Sambal Tempe antara lauk pilihan popular sebagai penambah selera. Bagi mereka yang selalu melancong ke luar negara, lauk ini seringkali dibawa untuk dinikmati bersama nasi putih.

Keistimewaan sambal tempe versi Mariana Zainal ini terletak pada kelazatan dan ikan bilisnya yang rangup. Boleh buat stok simpan dalam bekas kedap udara. Senang bila teringin nak makan.

RESIPI SAMBAL TEMPE BASAH

Bahan-bahan:

  • 4 paket tempe (hiris ikut suka dan goreng)
  • 5 biji kentang (potong ikut suka dan goreng)
  • 2 genggam ikan bilis (goreng garing)
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 1 keping asam keping
  • 1/2 cawan air (sebaiknya air panas)

Bahan-bahan kisar:

  • 25 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 cawan minyak masak

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan bahan kisar dalam kuali.

2. Masukkan gula, garam, bahan perasa dan asam keping.m

3. Masak hingga betul-betul naik minyak dan sambal garing.

4. Masukkan air. Biarkan mendidih ganas dan sambal pekat.

5. Masukkan semua bahan yang digoreng tadi. Kacau rata. Tutup api. Siap.

Selamat mencuba.

Sumber: Mariana Zainal

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending