Connect with us

Ap Resepi

Resepi Laksam Putih Bersih Dan Licin Walaupun Pertama Kali Buat

Published

on

Laksam dikenali juga sebagai Laksei di Kelantan dan Laksang di Terengganu merupakan sejenis masakan dari Negeri Kelantan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah.

Tia Rizz telah kongsikan resepi Laksam di Facebook yang menarik perhatian ramai kerana hasilnya sangat menjadi walaupun menggunakan pinggan plastik. Jom kita cuba!

RESEPI LAKSAM SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan laksam (adunan ini boleh dapat dalam 10 batang):

  • 3 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 5 cawan air (3 cawan air panas campur 2 cawan air biasa)
  • ½ sudu kecil garam

Bahan-bahan kuah putih:

  • 5 atau 6 ekor ikan kembung (bersaiz sederhana, jangan kecil)
  • 400gm santan kotak brand M&S (2 kotak kecil, kotak warna kuning)
  • 3½ sudu lada hitam (sukatan sudu kfc atau sudu kecil)
  • 2 atau 1½ sudu besar gula (jangan penuh sangat)
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • Ajinomoto (jika mahu)
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya (dalam 2 cawan)

Bahan-bahan ulam (gaulkan):

  • Kacang panjang (dihiris)
  • Bunga kantan (dihiris)
  • Daun kesum (dihiris)
  • Kobis (dihiris)
  • Timun batang (dicincang dan dihiris)
  • Taugeh

Bahan-bahan tambahan (tak nak pun tak apa):

  • Belacan
  • Cili boh
  • Garam

Cara-cara membuat laksam:

1. Mula-mula, satukan kesemua bahan dan kacau sehingga adunan tak berketul. Selepas kacau, tapis adunan.

2. Selepas itu, panaskan pengukus dan letakkan tudung periuk di dalam kukusan bersama sedikit minyak masak (saya guna pinggan plastik saja sebab tiada tudung periuk).

3. Kemudian, masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak dalam 2 hingga 3 minit. Angkat dan biarkan seketika, kemudian baru gulung.

4. Ulang langkah sehingga adunan habis. Siap!

Cara-cara membuat kuah putih:

1. Mula-mula, rebus ikan bersama asam keping dan garam.

2. Selepas itu, ambil isi ikan dan kisar bersama bawang putih, bawang merah dan lada hitam.

3. Akhir sekali, campur semua bahan dalam periuk dan kacau sehingga mendidih. Siap!

Resepi Laksam ini sesuai juga digandingkan dengan sambal yang anda sukai. Selain itu, gandakan bahan jika nak buat banyak terutamanya untuk jamuan atau potluck.

Selamat mencuba.

Sumber: Tia Rizz

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending