Connect with us

Ap Resepi

Resepi Roti Canai Lembut Kurang Minyak Tanpa Telur

Published

on

Roti Canai merupakan roti jenis leper berbentuk bulat yang cukup terkenal dan mudah dijumpai di Malaysia. Senang cerita, pelancong asing pasti takkan lepaskan peluang untuk mencubanya sekali seumur hidup.

Rohani Ibrahim telah kongsikan resepi Roti Canai lembut di Facebook yang membuatkan ramai tertarik kerana hasilnya tetap menjadi walaupun tanpa menggunakan telur. Jom kita cuba!

RESEPI ROTI CANAI LEMBUT TANPA TELUR

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar planta
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • Secawan air sejuk dari peti ais

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, cairkan planta dalam kuali.

2. Selepas itu, sebatikan semua bahan kecuali tepung gandum supaya gula larut.

3. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menguli sampai doh menjadi licin.

4. Seterusnya, bulatkan doh mengikut besar yang dimahukan secara agak-agak saja (saya buat dapat 10 biji, nak besar lagi boleh buat 8 biji).

5. Sapukan minyak pada doh yang telah dibulatkan (sebenarnya minyak itu sedikit saja, tapi apabila sudah tenggelam roti itu nampak seperti banyak).

6. Biarkan rendam dalam minyak selama 3 hingga 4 jam, kemudian boleh tebar dan goreng (semasa tebar dan goreng, minyak tak perlu guna banyak sangat, sedikit pun tak apa). Siap!

Resepi Roti Canai lembut ini merupakan pilihan tepat sebagai hidangan sewaktu sarapan dan minum petang di rumah. Bukan saja kurang berminyak, malah ia tetap sedap dan lembut dimakan walaupun sudah sejuk.

Roti Canai biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau kari bersama sambal ikan bilis. Jika ada teh tarik di sampingnya, maka bertambah lazat dan sempurnalah hidangan anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Rohani Ibrahim

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending