Connect with us

Ap Resepi

Resepi Nasi Ayam Madu Sedap Tak Jemu Makan

Published

on

Alhamdulillah rezeki malam ni, nasi ayam madu. Nasi Ayam, menu kesukaan anak-anak, tak jemu-jemu makan. Siap ulang-ulang makan bila masak nasi ayam ni. Memasak nasi ayam ni sangat mudah.

Bahan Untuk Ayam (Direbus):

  • 1 ekor ayam
  • 1 inci halia, diketuk
  • 1 kiub ayam
  • 1 kuntum Bunga lawang
  • 1 batang kayu Manis
  • 2 bj buah pelaga
  • Air secukupnya

Bahan Untuk Ayam (Diperap):

  • 1 sudu kecil kecil pewarna oren
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar madu (untuk sapu pada ayam selepas goreng)

Bahan Untuk Nasi:

  • 4 cawan beras
  • 5 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar minyak sapi @ butter
  • 2 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 2 ulas bwg merah ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit Serbuk kunyit

Bahan Untuk Sos:

  • 6 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1cm halia (jika suka)
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air

Bahan Untuk Sup:

  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang merah & 1 ulas bwg putih, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Lada sulah
  • Daun sup dan daun bawang yang dihiris
  • Bawang putih dan bawang merah digoreng

Bahan Untuk Kuah Kicap:

  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis
  • Air rebusan ayam
  • Bahan hiasan
  • Daun salad
  • Timun
  • Tomato

Cara Penyediaan Ayam:

1. Bersihkan ayam, toskan air. Rebus ayam bersama kiub ayam, halia, dan 3 sekawan sehingga empuk. Angkat ayam dan gantung, sapu pewarna oren dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam).

2. Goreng dalam kepanasan api sederhana sehingga masak. Selepas goreng sapu madu pada ayam tersebut semasa masih panas.

Cara Untuk Memasak Nasi:

3. Basuh beras dan tos air. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis, bahan bertanda (*), daun pandan, serai, halia serta bawang hingga wangi.

4. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan sedikit serbuk kunyit. Masak nasi seperti biasa.

Cara Untuk Memasak Sup:

Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun bawang dan daun sup.

Cara Untuk Memasak Sos:

Kisarkan semua bahan untuk (boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma).

Cara Untuk Memasak Kuah Kicap:

Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak.

Sumber: Nur Masri

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending