Connect with us

Ap Resepi

Resipi Ayam Goreng Kunyit Sedap Macam Kedai Makan

Published

on

Selalu kalau masak ayam goreng kunyit mesti kena ada sambal belacan baru sedap makan dengan nasi panas-panas.

Bahan-Bahan A:

  • 500 gm ayam dipotong kecil
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 Sudu kecil serbuk cili
  • Satu kiub ayam
  • Sedikit air
  • 4 biji Bawang Putih dikisar
  • 5 Bawang Merah dikisar
  • 1 1/2 inci Halia dikisar
  • Sedikit garam, rasa dulu. Tak cukup tambah (sebab dah ada kiub ayam tu)

Simpan separuh bahan kisar untuk tumis.

Bahan-Bahan B:

  • Kacang panjang
  • Lobak merah dipotong panjang
  • Bunga kobis
  • Bawang holland dipotong baji
  • Cili Merah dihiris
  • Sos Tiram
  • Cukup rasa
  • Serbuk kunyit

Cara Membuat:

1. Lumur ayam dengan Bahan A dengan rata. Perap ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya (biar sampai ayam tenggelam dalam minyak sepenuhnya).

2. Panaskan minyak yang banyak dan panas, goreng secara deep fry sehingga ayam masak keemasan. Bila ayam dah masak, angkat dan toskan. Ketepikan seketika.

3. Kurangkan minyak untuk menumis di dalam kuali. Tumis bahan kisar. Masukkan sos tiram, serbuk kunyit, cukup rasa dan sedikit air. Kacau sebati.

4. Masukkan sayuran dan kacau sehingga sayuran hampir lembut. Masukkan Bawang Holland, Cili dan ayam. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula jika belum cukup rasa. Kacau sekejap. Siap.

Sumber: Nur Masri

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending