Connect with us

Ap Resepi

Resepi Cornflakes Sira Pedas Mudah Dan Sedap

Published

on

Cornflakes Sira Pedas, buat kudap-kudap hari ni. Selalu kita buat yang manis-manis, kali ni try yang pedas-pedas pulak.

Bahan-Bahan:

  • 500 gm nestle cornflakes
  • 200 gm buttercup
  • 1 cawan cili kisar
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 5 sdb madu
  • 1 sdt secukup rasa
  • 2 sdb cili flakes
  • 5-6 helai daun limau purut dihiris
  • Segenggam cili padi kering
  • Ikan bilis kasar digoreng rangup (optional)

Cara Membuat:

1. Panaskan buttercup hingga cair. Masukkan cili kisar dan tumis hingga betul-betul garing. Kemudian, masukkan cili padi kering.

2. Masukkan gula, madu dan secukup kacau hingga sebati dan masak hingga berbuih-buih. Tutup api.

3. Masukkan pula cornflakes, daun limau purut hiris, ikan bilis (optional) dan cili flakes. Gaul hingga cornflakes rata bersalut.

3. Letakkan cornflakes atas dulang dan ratakan supaya cornflakes masak sekata bila dibakar. Bakar dalam ketuhar selama 10 minit, suhu ikut ketuhar masing-masing.

4. Bila dah masak sejukkan atas redai. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan makan sambil tengok tv.

Sumber: Rozmaliza Omar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending