Connect with us

Ap Resepi

Masakan Kelantan Resepi Sayur Lemak Putih Cara Mudah Tapi Sedap

Published

on

Kalau ada yang belum pernah merasa sayur lemak putih ini, boleh cuba memasaknya nanti menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Iryani Zaki di bawah.

Resepi sayur lemak putih ini sentiasa menjadi pilihan ramai pada waktu makan tengah hari. Bukan sahaja sedap, malah cara penyediaannya juga cukup mudah dan ringkas.

Selain itu, menu ini juga lazat dinikmati bersama budu, ikan goreng dan nasi panas. Memang confirm makan bertambah-tambah!

RESEPI SAYUR LEMAK PUTIH KELANTAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan rebus (kembung/selar/selayang)
  • Asam keping
  • Gula nisan
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sejemput lada hitam
  • Sayur-sayuran (kubis, terung, petola, sawi, bunga kubis (boleh letak sayur yang disukai)
  • Garam
  • Santan pekat

Cara memasak:

1. Rebus ikan selayang bersama asam keping, garam, gula dan gula nisan. (boleh guna ikan untuk goreng juga)

2. Kupas bawang merah dan bawang putih. Tumbuk bersama lada hitam dan ikan rebus yang sudah dibuang tulang sehingga lumat.

3. Panaskan periuk/kuali, letak santan dan sedikit air.

4. Biarkan menggelegak guna api sederhana, kemudian baru letak bahan yang ditumbuk tadi. Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul.

5. Masukkan sayuran dan kacau seketika. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Tutup api dan kacau seketika untuk elakkan santan berketul.

7. Goreng ikan rebus, sediakan budu dan nasi panas. Siap untuk menjamu selera!

Selamat mencuba.

Sumber: Iryani Zaki

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending