Connect with us

Ap Resepi

Daging Masak Hitam Versi Sarawak Memang Sedap

Published

on

Bila berhijrah di negeri orang ni, tak sah kalau tak belajar makan dan masak masakan mereka. Rugi tau!!. Saya baru 3 tahun berhijrah di Bumi Kenyalang mencari rezeki disini. Alhamdulillah syukur kepadaNya. Okay sebenarnya nak kongsi salah satu resepi masakan yang femes dan sedap disini.

Pertama kali saya makan sudah jatuh cinta padanya. Terus cari bahan-bahannya kat pasar dan mencuba masak sendiri. Alhamdulillah, suami puji sedap macam orang sini yang buat. Di sini saya kongsi dan halalkan resepi “Daging Masak Hitam Versi Sarawak”.

Bahan Perapan:

  • Daging 1/2kg
  • 2-3 sudu besar Kicap pekat
  • 2-3 sudu besar gula apong (bahan rahsianya)

+ Perap selama 1 jam

Bahan Kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 2-3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • Segenggam cili kering

+ Blend hingga sebati dan lumat

Bahan Tumis:

  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • 3-4 biji bawang merah dimayang

Bahan Tambahan:

  • Sedikit Air asam jawa
  • 2-3 sudu besar Serbuk rempah kurma
  • Garam secukup rasa
  • Perasa masakan – kalau nak letak
  • Air putih
  • Kicap cair

Cara Memasaknya:

1. Tumiskan bahan tumis sehingga keperangan. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Kacau sebati hingga naik bau. Dah naik bau, masukkan serbuk rempah kurma dan kacau sehingga pecah minyak. Kena kacau selalu takut dia hangit nanti.

2. Bila dah nampak pecah minyak tadi, masukkan sedikit air asam jawa dan kacau sebati. Kemudian masukkan daging yang sudah diperap tadi ke dalam kuali dan kacau lagi. Kalau rasa tak cukup hitam tambahkan kicap. Kalau rasa nak berkuah sikit boleh tambah air putih.

3. Boleh tambahkan sedikit garam dan perasa masakan. Kacaulah sehingga daging betul-betul masak. Dah boleh hidang atas pinggan yang cantik.

Ini gambar pertama kali saya masak daging masak hitam versi sarawak. Maaf jika tak cantik rupanya. Yang penting rasa keasliannya. Sedap yang amat. Selamat mencuba ibu-ibu.

Sumber: Siti Syuhada

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending