Connect with us

Resepi

Harum Bila Kukus Resepi Kuih Apam Kampung Pandan Sukatan Cawan

Published

on

Kuih ini diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung gandum, gula, yis, air, dan air pandan yang memberikan aroma segar dan warna hijau yang semulajadi. Biasanya, kuih apam kampung pandan dimasak dengan cara dikukus sehingga matang.

Jarang dah tengok makcik atau pakcik menjual kuih Apam Kampung Pandan ini. Mari cuba buat sendiri di rumah guna resepi ini. Tak susah nak buat pun, sebab resepi guna sukatan cawan.

Kuih ini juga mempunyai tekstur yang lembut dan sedikit berongga, dengan rasa manis yang ringan. Ia sering disajikan sebagai hidangan sarapan pagi, atau pencuci mulut di waktu petang bersama dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam. Sangat sesuai dinikmati bersama-sama dengan segelas teh atau kopi.

RESEPI KUIH APAM KAMPUNG PANDAN

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu makan yis
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan)
  • Kelapa parut + garam

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan tepung gandum, gula, yis, air, dan air pandan dalam satu mangkuk.

2. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
Perap adunan tersebut selama 1 jam 1/2.

3. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak, mengisi acuan hingga 3/4 penuh.

4. Kukus selama 15 minit untuk acuan kecil. Untuk acuan besar, kukus selama 45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

5. Setelah masak, sejukkan kuih apam dan hidangkan bersama kelapa parut yang telah dicampur sedikit garam.
kuih apam kampung.

Selamat mencuba.

Sumber: Noor Baini Bakar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending