Connect with us

Resepi

Bersarang Cantik Kejadiannya Resipi Kek Sarang Semut Tanpa Perap

Published

on

Tak susah pun nak buat. Yang penting tak perlu perap adunan, jimat masa! Selepas adunan siap dikacau, sudah boleh terus bakar.

Resepi kek sarang semut ini cukup mudah untuk dicuba. Jika sebelum ini selalu beli saja, kali ini apa kata jom kita cuba buat sendiri.

Walaupun tak perap, ‘sarang’ pada kek tetap menjadi elok. Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Puan Siti Hadirah di bawah.

RESEPI KEK SARANG SEMUT BERSARANG & BERONGGA

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 3 sudu besar marjerin (cairkan dulu yaa)
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Esen vanilla

Cara-cara:

1. Masak gula sehingga menjadi warna perang. Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil kacau.

2. Dalam bekas lain, pecahkan telur kemudian kacau perlahan menggunakan whisk. Masukkan susu pekat, esen vanilla dan marjerin yang dah dicairkan. Kacau sehingga sebati.

3. Masuk tepung yang sudah siap diayak dengan soda bikarbonat. Kacau sehingga hilang ketulan tepung. Akhir sekali tuang air gula tadi dan sambung kacau sehingga adunan sebati.

4. Sapu loyang dengan marjerin sebelum tuangkan adunan.

5. Cara memasaknya adalah bakar atas dapur. Tekniknya, letak loyang atas periuk. Panaskan dulu periuk lebih kurang 7 minit kemudian baru letakkan loyang, Tutup tudung dan tunggu sehingga kek masak.

6. Pastikan guna api kecil, adunan ini tak perap terus bakar. Air gula masukkan panas-panas dalam adunan tepung. Selamat mencuba!

Sumber: Siti Hadirah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kulit Karipap Ranggup Dari Pagi Hingga Petang Berintikan Kurma Daging

Published

on

Resepi perkongsian oleh Puan Shida Razak di bawah ini cukup mudah dan ringkas meskipun bahan-bahannya banyak. Cara penyediaannya pun tak renyah.

Pasti dah ramai selalu makan karipap kentang atau karipap daging bukan? Kali ini apa kata jom cuba resepi karipap inti kurma daging pula.

Paling penting, kulit karipap kekal rangup dari pagi sampai ke petang. Sesuai dihidangkan untuk majlis keramaian.

RESEPI KARIPAP KURMA DAGING (INTI)

Bahan-bahan inti:

  • 500 gram daging
  • 1 kg ubi kentang
  • 100 gram serbuk kurma
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang merah dihiris
  • 5 ulas bawang putih
  • Serbuk kayu manis
  • Stok rebusan daging
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 kiub daging

Cara memasak:

1. Rebus daging sehingga empuk dan hiris dadu. Ketepikan seketika.

2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.

3. Masukkan serbuk kurma, lada hitam dan serbuk kayu manis yang telah dibancuh dengan sedikit air.

4. Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.

5. Masukkan kentang dan stok rebusan daging secukupnya untuk lembutkan kentang bagi empuk.

6. Tunggu sampai kentang empuk.

7. Masukkan daun sup. Siap!

RESEPI KULIT

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 sudu besar marjerin

Cara-cara:

1. Panaskan 1/3 cawan minyak. (Dah panas tuangkan kat tepung dan marjerin tadi & gaul dulu dengan sudu. Guna tangan melecur nanti melecur pula jari tu)

2. Kemudian, masukkan air sejuk dari dalam peti anggaran 1 cawan. Tuangkan sedikit demi sedikit dan uli sampai tak melekat kat tangan dan menjadi doh yang cantik.

3. Tutup dan rehatkan doh tadi selama 30 minit.

4. Cukup 30 minit, uli semula doh tadi dan boleh mula gelekkan sedikit demi sedikit doh dan boleh bentuk dalam acuan serta masukkan inti karipap pilihan sendiri.

5. Sedia untuk digoreng.

Selamat mencuba.

Kredit: Shida Razak KC

Continue Reading
Advertisement

Trending