Connect with us

Ap Resepi

Resepi Marble Chocolate Cheese Brownies Sedap Dan Moist

Published

on

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Saya nak share resepi Marble Chocolate Cheese Brownies favorite customer dan selalu repeat order. Alhamdulillah jadi salah satu sumber rezeki untuk saya. Moga resepi ni bermanfaat untuk semua. Ini cara saya ye. Banyak version resepi brownies ni, tapi yang ni saya dah modified dari resepi asal (maaf lupa ambik dari mana resepi asal tu).

Bahan A:

  • 250g butter – lebih sedap pakai pure butter (Double boil butter sampai cair)

Bahan B:

  • 80g serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 225g gula castor
  • 100g susu cair
  • 150g tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp baking soda
  • 1 tsp esen vanilla

Bahan C:

  • 350g cream cheese
  • 100g gula icing
  • 1 biji telur gred A
  • 1 tsp lemon juice
  • 1 tsp esen vanilla

Cara Membuat:

1. Campurkan serbuk koko dalam bahan A. Kacau rata. Kacau gula dengan telur guna whisk dalam bekas lain. Campurkan adunan coklat dan adunan telur, kacau sebati. Masukkan susu cair dan esen vanilla.

2. Masukkan tepung, baking soda dan baking powder yang dah diayak. Kacau guna whisk je ya. Simpan dalam 3 sudu adunan brownies ni untuk buat corak marble. Tuang adunan dalam loyang size 10×10 inci dan bakar selama 25 minit pada suhu 170C. Make sure oven dah dipanaskan dulu ya.

3. Sementara tunggu brownies masak, sediakan bahagian cheese pulak. Putar cream cheese dengan gula. Masukkan telur dan mix sebati. Masukkan esen vanilla, lepas tu tambah lemon juice dan mix. Bila brownies dah masak, tuang adunan cheese dalam loyang. Tak payah tunggu brownies sejuk.

4. Buat corak marble atas adunan cream cheese ikut kreativiti. Sambung bakar selama 15-20 minit lagi. Siap! Sejukkan dulu sebelum nak ngap ye. Nak tau cheese dah masak, bila sentuh dengan jari dia tak melekat.

Sumber: Hanisah Fakhrul

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending