Connect with us

Resepi

Resepi Kek Sarang Semut Mudah Rasa Sedap Lemak Manis

Published

on

Ni 1st time ibu buat kek sarang semut. Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan. Teksturnya kenyal. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak terlalu pahit. Sedap lemak² manis.

Selama ni selalu dengar orang kata nak buat kek sarang semut ni renyah. Nk kena peram, tak boleh salah sikit nanti kek tak jadi. Tapi sebenarnya tak pun.

Bahan-Bahan Karamel:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1/3 cawan margerin (cairkan atau masukkan selepas gula dan air larut)

Bahan Lain:

  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat *
  • 1 sudu kecil baking powder *

Ayakkan bahan bertanda (*). Kalau taknak letak baking powder, letak 2 sudu kecil soda bikarbonat.

Cara Membuat:

1. Cairkan gula guna api sederhana hingga hangus (keperangan). Kecilkan api dan tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau dan masak guna api perlahan sahaja hingga gula hangus dan air jadi sebati.

2. Masukkan marjerin. Kacau hingga larut. Padamkan api dan biar adunan seketika. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kemudian kacau manja supaya telur kuning pecah sahaja.

3. Tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Satukan gula hangus ke dalam bekas berisi adunan telur tadi. Kacau rata.

4. Masukkan campuran tepung yang diayak tadi. Adun hingga sebati. Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin. Panaskan periuk kukus hingga mendidih sebelum dimasukkan loyang berisi adunan kek tadi.

5. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jika nak bakar, panaskan ketuhar pada suhu 160-170C dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza ikut jenis ketuhar masing-masing.

Sumber: Siti Khadijah Binti Mohammad

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Siap Tambah Nasi Resepi Ayam Masak Burma Kuah Padu

Published

on

Lebih kurang sama seperti masakan kari dan rendang, cuma resepi ayam masak burma hidangan lauk ini tak menggunakan santan untuk membuatnya.

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang ayam masak burma dan belum pernah membuatnya sebelum ini, kami nak kongsikan resipi menarik untuk anda cuba di rumah.

Seperti perkongsian ayam masak burma oleh Aziah Nima di Facebook, lauk ini sangat mudah dan ringkas serta sesuai dimakan dengan apa pun yang disukai.

RESEPI AYAM MASAK BURMA

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (nak seekor pun terpulanglah, boleh tambah lagi bahan kisar)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu setengah serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • Daun pudina (ikut suka nak letak banyak mana)
  • 1 biji tomato (belah 4 atau 6)
  • 1 biji kentang
  • Garam atau gula secukup rasa (saya tak letak gula)
  • 1 ketul kiub ayam

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari (pandailah agak-agak saja)
  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili padi (jika taknak pedas, boleh kurangkan, saya tak kisar sebab anak tak makan pedas, jadi saya letak sebiji-sebiji jika nak pedas biasa saja)
  • 2 batang serai

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong ayam ikut suka, basuh dan toskannya.

2. Kemudian, perap ayam dengan sos tiram dan serbuk kunyit selama 10 minit atau setengah jam.

3. Sementara itu, tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak.

4. Seterusnya, masukkan serbuk kari, kiub ayam dan tumis sekejap.

5. Selepas itu, masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan biarkan ayam sedikit kecut.

6. Selanjutnya, masukkan kentang dan air (agak-agak saja, jangan cair sangat).

7. Apabila kentang sudah empuk dan ayam agak-agak nak masak, masukkan tomato dan daun pudina.

8. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula, kemudian renehkan kejap dan tutup api. Siap untuk dihidang!

Selain dimakan bersama nasi putih, Ayam Masak Burma juga merupakan salah satu lauk untuk dinikmati dengan pulut kuning. Jika makan dengan roti jala, lagilah bertambah sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Aziah Nima

Continue Reading
Advertisement

Trending