Connect with us

Ap Resepi

Resepi Karipap Pusing Rangup Tahan Sampai Malam

Published

on

Dah jam 12 Malam, makan karipap goreng tadi tetap ranggup sedap. Terdedah atas meja. Secret Recipe saya, bisnes partime saya hampir 30 tahun sudah pun tamat dan tidak mengizinkan lagi untuk terus menerima tempahan tempahan dari golongan vip, jualan jualan di kedai kedai runcit atau pasaraya secara frozen. Praktikal banyak kali yang mana baru belajar nak buat karipap pusing. Lama-lama akan pandai dan lebih cantk.

Bahan Doh A (Doh Luar):

  • 450gram tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 4 sudu besar minyak jagung/minyak masak

Semua bahan digaul sebati seperti serbuk roti. Kemudian masukkan air sedikit sedikit, uli sebati sampai jadi doh tidak melekat ditangan. Jangan lembik

  • 160 ML – 180 ML air

Rehatkan doh 10 minit

Bahan Doh B (Doh dalam):

  • 70gram tepung beras
  • 20 gram tepung gandum
  • 90 gram majerin

Semua bahan B digaul sebati sampai jadi doh tidak melekat ditangan dan boleh dikepal dan bentuk bulat. Rehatkan doh selama 1o minit.

Cara Membuat:

1. Doh A dibahagi 3, kalau timbang anggaran 276gram. Doh B ditimbang berat 50gram, jika ada baki doh B, boleh wrapkan dan simpang dalam peti tempat biasa (ketahanan doh B, 3 bulan).

2. Step 2, boleh bahagikan doh 4 bahagian atau ikut suka jika nak karipap saiz kecil. Terpulang ya.

  • Nota Step 1; Jika nak karipap ranggup rapuh tahan 2 hari, Doh A kena besar, Doh B kena kecil. Misalannya, Doh A berat 250 gram, Doh B berat 40 -45 gram.
  • Nota Step 2; Jika nak karipap ranggup gebu, doh bahagi sama banyak. Doh A dan Doh B bahagi sama banyak. So jenis step ni karipap tak ranggup lama. dan muak. So terpulang ya.

3. Pastikan doh ditutup dengan plastik supaya tidak kering. Ambil 1 biji doh A leperkan biar besar sedikit, masukkan doh B kedalam doh A tutup rapat dan kuncikan.

4. Kemudian, ambil 1 biji doh yang sudah tercampur, gelek gelek manja dengan tangan agar doh B tercampur rata dalam doh A. Bentukkan sedikit bujur dan ambil penggelek, tekan tekan dan gelek biar besar dan panjang yang pertama 10 inci – 12 inci. dap dap air sedikit sahaja. Kemudian gulung.

5. Selepas gelek besar, gulung dari depan ke hujung. Letak memanjang, kemudian tekan tekan dan gelek panjang 32 inci sama lebar. Hujung ke hujung biar nipis. Potong depan 1 1/2 inci kemudian gulung rapat rapat dari depan kehujung. Dan juga ikut suka kalau tak nak potong depan selepas gelek panjang. Terus gulung rapat.

6. Potong bulat doh, anggaran 1 cm. Dan ada pelapik dalam gelek nipis. Pelapik dalam gelek nipis dap dap air juga ditengah pelapik (Untuk pelapik, potong hujung hujung kanan kiri 1/2 inci 1/2 inci dan bulat bulatkan, kecil kecil, akan dapat 4 biji untuk pelapik yang pertama. Jika tak cukup pelapik, boleh ambil potongan itu juga buat pelapik).

7. letak pusaran luar ditengah pelapik. Tolak depan belakang manja manja dan kanan kiri biar nampak berpusar ditengah. Terbalikkan, masukkan inti bahagian dalam pelapik. Kenapa perlu ada pelapik? Supaya karipap semasa goreng inti tidak keluar dan tidak pecah.

8. Kalau nak guna acuan, gelek biar lebih sedikit sahaja dari acuan, dap dap air sekeliling acuan kemudian kacip kemas kemas. Goreng dalam minyak yang banyak, sederhana panas. Guna api kecil sahaja, karipap jadi masak garing luar dalam dan ranggup yang lama.

9. Goreng banyak kali pun minyak nampak bersih. Jika nak buat frozen, goreng separuh masak, atas api kecil minyak sederhana panas. Masa goreng biar nampak pusaran terbuka kelopak kelopak nampak terbuka sikit balikkan dan terus angkat toskan.

10. Bila sejuk, masukkan dalam peti biar keras sebentar. Kemudian keluarkan dari peti, boleh pack dalam tuppeware untuk frozenkan. Ketahanan selama 2 hingga 3 bulan. Inti payah basi.

Sumber: Suri S Kitchen

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Resipi Tepung Pelita Pandan Lembut Gedik

Published

on

Alhamdulillah. Lemak-lemak manis, terasa pior pandannya, cantik kejadiannya, tepung pelita perisa pandan. Bukan tepung tako ye, nampak sama tapi bukan ye. Buat banyak sikit untuk bagi ke jiran-jiran.

Tepung pelita dimasak atas api dan dikacau sampai likat. Bahan asas tepung beras dan ditabur gula. Kebiasaannya acuan daun pisang digunakannya. Tepung tako pula kebiasaanya mengunakan tepung jagung dan dicampur dengan hirisan sengkuang cina. Acuan yang dipakai daun pandan. Cara penyediaanya sama saja, semua sedap.

Disini abam nak share resepi tepung pelita pandan. Resepi ni abang olah sikit mengikut tekakk abam nak makan.

Bahan Lapisan Hijau:

  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan tepung beras (abam pakai cap bunga teratai)
  • 4 cawan air pandan (10 helai daun pandan dikisar dan ditapis)
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan di atas di dalam periuk dan tapiskan. Kemudian, kacau atas api sehingga likat.

2. Masukkan bahan dalam acuan yang ditabur sedikit gula. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.

Bahan Lapisan Kepala Santan:

  • 5 sb tepung beras
  • 250 ml santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 sk garam
  • 2 sk gula halus

Cara Membuat:

3. Campurkan kesemua bahan di atas di dalam periuk dan tapiskan. Kemudian, kacau atas api sehingga likat.

4. Bila dah pekat atau ada buih besar meletup, boleh tuang atas lapisan hijau tadi. Tuang panas-panas. Dah siap.

Tips: Kacau berterusan. Jangan stop nanti berketul. Dalam 10-15 minit dah pekat dah. Total masa buat, lebih kurang 1/2 jam sahaja. Jom belajar buat sendiri, puashati makan.

Sumber: Che Azawimie Che Zahari

Continue Reading
Advertisement

Trending