Connect with us

Resepi

Resipi Bancuhan Asas Agar-Agar Pelbagai Perisa

Published

on

Assalamualaikum dan hai. Sapa kat sini peminat agar-agar atau puding macam sis? Disebabkan sis minat sangat makan puding atau agar-agar, jadi banyak dah resepi yang sis try and error. Last-last sis pakai satu resepi ni je untuk semua jenis puding yang sis buat. Alhamdulillah semua menjadi elok, tak keras dan tak lembut sangat, manis dia pun just nice. Mehla try.

Bahan-Bahan Untuk Agar-Agar Biasa:

  • Sepeket serbuk agar-agar 10gram
  • 5 cawan air atau 1 liter air
  • 3/4 cawan gula
  • Perisa atau pewarna kegemaran, contoh perisa sirap ros

Bahan-Bahan Untuk Agar-Agar Bersusu:

  • Sepeket serbuk agar-agar 10gram
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • Setengah cawan susu pekat
  • Setengah cawan gula
  • Perisa atau perasa kegemaran, contoh milo, laici

Cara Membuat:

1. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Kacau sampai agar-agar larut baru masukkan gula. Kacau lagi sampai gula larut dan masukkan susu cair serta susu pekat.

2. Kalau buat agar-agar biasa boleh masukkan terus perisa atau pewarna. Masak sampai larutan mendidih dan nampak berkilat. Tutup api dan tuang ke dalam loyang atau acuan. Siap.

Tips:

  • Sis pakai serbuk agar-agar cap layang layang. Bagi sis brand ni yang paling best dan agar-agar dia pun berkilat cantik je kejadian dia.
  • Sebelum tuang agar-agar ke dalam loyang bilaskan dulu loyang dengan air bagi memudahkan agar-agar dikeluarkan selepas dipotong.
  • Selepas tuang agar-agar, biarkan paling kurang sejam dulu kat luar baru masukkan dalam peti ais. Biarkan dalam peti ais paling kurang sejam sebelum dikeluarkan dan barulah dipotong.

Sumber: Siti Husni

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Rendang Daging Pedas Style Perak

Published

on

Hari ni saya buat rendang style orang lama dari negeri Perak. Bila makan rendang ni, nostalgia masa zaman kecil sekitar tahun 90an-awal 2000 tu datang tiba-tiba. Rasa dia, ada iras-iras rendang yang pernah saya makan di rumah arwah opah dan saudara-mara abah di kampung Jeliang, Manong, Perak.

Tqvm kak @dapurkakzu atas perkongsian resepi rendang yang sedap ni. Saya gantikan penggunaan ayam dengan daging. Rendang ni versi tak tumis dan bahan-bahannya hanya perlu dihiris nipis dan halus. Kalau mengikut selera saya, seriously, serdak-serdak dia yang kasar tu lagi sedap dari versi bahan-bahan yang perlu dikisar.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging
  • 15-20 biji bawang kecil*
  • 6-8 batang serai*
  • 3 inci halia*
  • 3 inci lengkuas*
  • 20-30 tangkai cili kering**
  • 2 inci kunyit**
  • 1 cawan kelapa parut (tumbuk halus)
  • 2 keping asam gelugur
  • 1L santan pekat/1kg santan segar
  • 1/2 biji gula melaka (saiz besar)
  • Garam secukupnya
  • 2 helai daun kunyit (hiris halus)

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan dan potong daging kepada ketulan bersaiz lebih kurang 1 inci. Hiris nipis dan halus bahan-bahan yang bertanda (*) serta kisar bahan-bahan yang bertanda (**).

2. Masukkan kesemua bahan kecuali gula melaka, garam dan hirisan daun kunyit ke dalam periuk. Renehkan rendang sehingga keluar minyak dan hampir kering.

3. Masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam. Kacau sesekali supaya rendang tidak hangit. Taburkan dengan hirisan daun kunyit dan teruskan reneh sehingga rendang kering. Siap untuk dihidangkan.

Nota:

  • Dalam resipi ini, saya menggunakan Hawaiian coconut flakes bagi menggantikan kelapa parut.

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Continue Reading
Advertisement

Trending