Connect with us

Resepi

Resipi Roti Daging Viral Cara Homemade Confirm Sedap

Published

on

Penangan Roti Daging Viral. Ramai beratur kat bukit bintang tunggu turn nak dapatkan Roti Daging. Kitanya tak daya la nak beratur berejam macam mereka. Buat sendiri je la kat rumah. Rupanya tak susah pun nak buatnya. Jom korang resipi zie share kat bawah;

Bahan Roti:

  • 500g Tepung Gandum Serbaguna
  • 5g Garam
  • 275g Air atau secukupnya

Cara Membuat:

1. Gaul Semua bahan di atas hingga sebati dan uli hingga doh kelihatan licin. Kemudian bahagiakan doh kepada beberapa bahagian atau 80g setiap satu. Perap doh bersama minyak masak selama 30-40 minit (lagi lama rendam lagi ranggup hasilnya).

Bahan Inti:

  • 500g Daging kisar/Ayam Dindings Chicken Burger
  • 1 sudu teh black pepper
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar hirisan daun kucai
  • 1 sudu besar lobak merah hiris halus dan cincang.

Bahan Shortening atau Minyak Tepung:

  • 50g Tepung Gandum
  • 80g Minyak Masak

Panaskan minyak dan tuang ke dalam tepung. Kacau sebati dan biarkan sejuk.

Cara Membuat:

1. Kisar kering daging atau hancurkan pakai tangan. Masukkan serbuk lada sulah dan lada hitam dan gaul bersama lobak merah dan daun kucai.

2. Doh Roti yang telah diperap minyak tadi, canai hingga nipis memanjang. Letak Bahan inti diawal doh dan sapu adunan shortening pada seluruh doh yang berbaki.

3. Balut inti dan gulung hingga selesai. Kemaskan doh dan tekan menjadi bentuk bulat (leper).

4. Goreng dengan sedikit minyak dan api sederhana. Balikkan roti supaya masak sekata hingga kuning keemasan. Siap untuk dihidang.

Sumber: Aisyah Humaira

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tips Buat Kek Batik Sedap Dan Lembut Baru Menjadi

Published

on

Dah nama kek batik, kek mestilah texture dia lembut, kalau crunchy kita panggil biskut batik.

1. Pemilihan serbuk koko sangat penting. Dulu saya pakai je repack tapi kalau kena nasib tak baik dan asyik-asyik tukar repack kejap store tu kejap store ni. Jadi rasa kek tak akan konsisten. Baik kita decide brand mana yang lebih sedap dan mampu milik. Serbuk koko hershey pun sedap tau.

2. Elemen paling penting dalam kek batik ialah pemilihan antara butter atau marjerin (atau butterblend seperti buttercup).

Jujur saya katakan saya pernah pakai butterblend jenama buttercup. More to marjerin. Rasa dia sedap cuma dia masin sikit. Jadi kalau kita pakai buttercup, kita kena faham citarasa setiap orang tu tak sama. Ada yang tak suka sebab masin ada yang ok je rasa sedap. Bagi saya memang masin tapi of course sedap.

Dan cadangan saya juga anda boleh buat nisbah 1:1 kalau nak campur marjerin dengan pure butter. Supaya rasa lebih balance. Kalau dalam resepi pakai 100g butter. Tukar la jadi 50g marjerin atau buttercup dan 50g pure butter. Pun sedap, masin dia pun just nice saja. Kalau pakai full 100% pure butter lagi wangi lagi sedap.

3. Bila masa sos atau kuah kek batik tu jangan terlalu lama atas api dan bila kacau wajib kita ambil yang dasar-dasar kuali tu biar tercampur rata semua. Kadang-kadang bila kuah yang terlebih masak dia akan jadi pahit. Jadi pastikan api perlahan dan sentiasa kacau.

4. Nak tukar jadi crunchy senang ja, jangan letak telur. Lepas kuah dah siap tunggu dalam 20 minit baru masukkan biskut atau lebihkan biskut dalam 100g dari sukatan asal. InsyaAllah crunchy.

5. Tak letak ganache pun boleh cuma letak melted chocolate sahaja. Kena faham ganache itu hanya dipanggil ganache sekiranya dia ada 3 bahan utama ni iaitu dairy whipping cream (wc), chocolate dan butter. Kalau kita cairkan chocolate sahaja, bila kita letak dalam peti dia akan keras. Kalau ganache dia lembut walaupun letak dalam peti sebab penggunaan wc tadi.

Jadi cairkan je cadbury atau milk chocolate. Dah cair elok gaulkan bersama badam atau apa-apa kekacang. Ikut la nak letak bnayak mana. InsyaAllah sedap.

Itu saja sharing saya setakat ni. InsyaAllah akan ada lagi tau.

Sumber: Muhammad Ali

Continue Reading
Advertisement

Trending