Connect with us

Ap Resepi

Telur Ayam Masak Kurma Mudah Dan Menyelerakan

Published

on

Telur ayam masak kurma, peberet anak-anak saya gak ni. Masak kuah pekat gini, cedok kuah pastu gaul-gaul dengan nasi panas. Ada pulak ikan masin atau pekasam memang makan tak panggung kepala dah.

Bahan-Bahan:

  • 10 butir telur direbus 18-20 minit (kopek buang kulit dan goreng sekejap jer, toskan)
  • 4-5 bj kentang (potong ikut suka) saya tambah carrot untuk kali ni.
  • 1 kotak kecil santan Ayam Brand
  • 2 cawan air (untuk kuah) suka kuah lebih boleh tambah.
  • 3 pcs cili merah potong serong (hiasan)
  • sedikit cili padi (hiasan)
  • 3 senduk minyak masak (untuk menumis)
  • 3-4 pcs bunga lawang
  • 1 bj bawang besar (hiris)
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • Sebesar ibu jari halia (hiris)

Bahan Pes:

  • 6 sudu besar rempah kurma (saya guna Adabi)
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (kali ni saya tak letak)
  • 1 peket kecil kerisik
  • 1 sudu besar (rata) garam
  • 1/2 sdt bahan perasa (ajinomoto)
  • 1 pcs asam keping
  • 3 tangkai daun kari (amik daun jer)
  • 1 cawan air

Kacau semua bahan ini, jadikan pes

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang dan bahan hiris hingga naik bau. Masukkan pes kurma, tumis hingga betul-betul naik minyak dan garing. Masukkan santan kotak dan masak hingga betul-betul terbit minyak (mesti terbit minyak).

2. Masukkan kentang, gaul sebati dan masak seketika hingga kentang lembut. Masukan air, dah mendidih ganas dan kuah mula pekat, masukan telur, masukkan cili merah dan cili padi. Kacau sekejap dan sesuaikan rasa. Siap!

Tips Nak Nampak Lagi Mengiurkan:

  • Hiris nipis bawang besar dan cili merah
  • Sedikit daun kari

Panaskan 3 sudu besar minyak. Goreng bawang, cili dan daun kari hingga layu dan hampir garing. Tutup api, tuang semua termasuk minyak tumisan pada masak kurma tadi. Baru cun.

Sumber: Mariana Zainal

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending