Connect with us

Resepi

Resepi Ayam Masak Merah Style Orang Dulu-Dulu

Published

on

Assalamualaikum, hari ni mekza nak share resepi Ayam Masak Merah style orang dulu-dulu, mekza suka yang ni sebab warna dia smooth aje. Ayam masak merah ni ada 3 versi yang biasa orang masak ketika kenduri kahwin. Versi pertama dulu mekza pernah share, bahan dia pun banyak. Yang ni versi kedua pula, bahan dia sangat lah simple. Untuk versi ketiga, mekza akan share lain kali. Ok jom tengok resepi di bawah.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam (lumur bersama kunyit dan garam, goreng separuh masak)
  • 2 senduk kecil cili kering kisar (senduk bancuh air)
  • 2-3 sdb sos cili cap arnab (hihi ni mekza beli kat kampung mekza)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kotak santan
  • 1-2 cawan air
  • Serai diketuk
  • Bunga lawang dan kayu manis
  • 4 biji bawang merah besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji tomato

Cara-Caranya:

1. Hiris 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia (ketepikan). Kisar bawang 2 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia (ketepikan).

2. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan bersama bunga lawang, kayu manis, halia dan serai sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam goreng dan gaul rata. Kemudian, masukkan santan dan tambah air. Masak sehingga mendidih.

4. Masukkan tomato yang telah dipotong, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak lagi sehingga mendidih dan tutup api. Hidangkan.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending