Connect with us

Ap Resepi

Resepi Kuih Lapis Pelangi Cantik Lembut Elok

Published

on

Kuih ni lembut, gedik dan elastik sangat. Sebelum ni pernah buat bentuk tembikai dan perisa keladi. Kalau makan wajib buka selapis-lapis, syok dan layan je.

Bahan-Bahan:

  • 1000 ml santan (400ml santan pekat + 600ml air)
  • 1 cawan gula pasir (kalau suka manis 11/4 cawan)
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 cawan tepung ubi kayu
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh perisa rose
  • Pewarna pink, kuning, hijau, biru & unggu

Cara Membuatnya:

1. Satukan santan, gula dan garam. Panaskan di atas api hingga gula larut tapi jangan sampai mendidih. Tutup api dan biarkan suam. Di dalam mangkuk, satukan tepung ubi kayu, tepung beras, santan dan perisa rose. Kacau sebati.

2. Tapiskan adunan. Kemudian, bahagikan kepada 5 bahagian sama rata. Campur pewarna dalam setiap adunan. Didihkan dulu air di dalam pengukus. Sapu minyak pada loyang 9 inci.

3. Tuang separuh adunan unggu, kukus 5 minit. Tuang baki adunan unggu. Kukus 5 minit. Tuang separuh adunan biru, kukus 5 minit. Tuang baki adunan biru. Kukus 5 minit lagi.

4. Seterusnya, tuang separuh adunan hijau, kukus 5 minit. Tuang baki adunan hijau. Kukus 5 minit. Tuang separuh adunan kuning, kukus 5 minit. Tuang baki adunan kuning. Kukus 5 minit. Tuang separuh adunan pink, kukus 5 minit. Tuang baki adunan pink. Kukus selama 15 minit.

5. Akhir sekali, kukus tanpa penutup selama 5 minit supaya permukaan kuih lapis licin. Sejukkan 3-4 jam baru di potong dgn pisau plastik. Sedia di nikmati.

Sumber: Nor Al Fatihah Tihah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending