Connect with us

Resepi

Resepi Donut Lembut Gebu Gebas Sampai Ke Petang

Published

on

Sarapan pagi ni donat je. Dijamin gebu gebas sampai petang, In sha Allah. Saya tak ikut mana-mana kelas, belajar dengan ibu masa sekolah dulu dan sentiasa praktis, Alhamdulillah hasilnya. Bila tak masuk kelas tu paham-paham je la ye, tak sama dengan orang yang masuk kelas. Pernah share resepi sebelum ni, tiada sukatan yang tepat, sekadar agak-agak je.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 pek yis mauripan
  • sesudu gula pasir

Rendam bersama kedua-dua bahan di atas dalam mangkok dengan sedikit air suam dalam setengah cawan sampai naik gelembung.

  • 1/2kg tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 3 sb susu krim/tepung
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sk esen ros
  • air secukupnye

Tak letak majerin ke? Saya share resepi donat tanpa majerin ni untuk membuka minda sesetengahnye yang memikirkan kalau tiada majerin tak boleh nak buat donat dan kalau tiada majerin donat tak menjadi.

Cara Membuat:

1. Gaul semua bahan, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai tak lekat di tangan. Kalau melekat lagi, tambah tepung sikit-sikit sampai tak lekat.

2. Dah siap uli, rehatkan doh lebih kurang dalam 20 minit sehingga doh menjadi 2 kali naik. Lepas tu, tumbuk-tumbuk manja doh untuk keluarkan anginnye.

3. Seterusnya, bolehlah bulat-bulatkan dan bentokkan donat. Letakkan dalam dulang yang dah disapu minyak. Letak jarak-jarak, kalau letak dekat-dekat nanti melekat sesama dia pulak.

4. Biarkan sekejap, tunggu donat mengembang lagi. Bila dah kembang, boleh la menggoreng. Siap.

5. In sha Allah, walau tanpa majerin pun boleh buat donat dan menjadi dengan jayanye. Selamat mencuba.

Sumber: Mariati Selamat

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending