Connect with us

Resepi

Resipi Ayam Masak Palembang Kuah Pekat Memang Sedap

Published

on

Dah jemu asyik masak ayam merah, ayam kicap, ayam kasturi, ayam bali, ayam kuzi. Harini saya masak Ayam Palembang. Anak-anak saya kalo boleh, nak Ibu depa masak ayam hari-hari pun tak pa. Masaalah Ibu depa dah cemuih ayam hihi. Bahan-bahan untuk 1 ekor ayam;

Bahan A: Dikisar

  • Bwg besar – 2 biji (sederhana)
  • Bwg putih – 5, 6 ulas
  • Halia – besar ibu jari

Bahan B:

  • Serbuk kunyit
  • Daun kari – 2, 3 tangkai
  • Kicap manis – 1/2 cawan
  • Cili blend – ikut pedas (2 senduk nasi)
  • Asam keping – 2 keping besar
  • Santan – 100ml
  • Minyak untuk tumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

1. Gaul dahulu ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam setengah masak dan ketepikan seketika. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau.

2. Kemudian, masukkan cili blend dan tumis lagi sampai pecah minyak. Masukan kicap, kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat. Masukkan daun kari. Tumis sekejap, masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Seterusnya, masukkan asam keping serta masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Masukkan santan, biarkan kuah mendidih dan boleh dihidangkan. Kalau kuah kering sangat, boleh masukkan air sedikit.

Sumber: Cik Puan Jue

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending