Connect with us

Resepi

Resepi Char Kuey Teow Mudah Confirm Sedap

Published

on

Cara mudah untuk buat char kuey teow sendiri dekat rumah. Rasanya pun hampir sama macam dekat gerai. Paling penting, char kuey teow ni mesti buat sepinggan asing-asing untuk setiap orang makan. Baru sedap.

Bahan Kisar Halus:

  • 6 ulas bawang putih
  • 3-4 biji bawang merah
  • sedikit air

Bahan Untuk Air Rebusan:

  • kulit udang (dari 10-15 ekor udang)
  • anggaran 3 cawan air

Bahan Sos Char Kuey Teow:

Sedikit minyak untuk menumis

Bahan A 

  • 2 senduk cili kisar
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 6 sudu besar kicap cair
  • 4 susu besar sos tiram

Bahan B 

  • 1 kiub ikan bilis
  • 1 sudu besar petis (boleh ganti 1/2 sudu kecil belacan kalau takde)
  • garam
  • gula

Bahan Untuk Menggoreng Char Kuey Teow:

  • sedikit minyak
  • 1 pek kuey teow (jenis halus)
  • 1 ikat kuchai
  • 1 mangkuk taugeh
  • telur

Cara Buat Sos Char Kuey Teow:

1. Buang kepala udang, simpan isi udang, ambil kulitnya dan rebus selama 10 minit. Tuang dalam blander dan kisar halus kulit udang. Kemudian tapis airnya, hampas kulit udang boleh buang.

2. Cincang kasar bawang merah dan bawang putih. Masukkan dalam blender, tambah sedikit air dan kisar halus. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.

3. Tambah kicap manis, kicap cair, sos tiram, sos tomato (boleh ganti asam keping atau cuka) dan semua air rebusan udang tadi. Tambah kiub ikan bilis. Tambahkan petis (boleh ganti dengan sedikit belacan).

4. Masak semua bahan sampai mendidih. Kemudian, tambah garam dan gula secukup rasa. Siap.

Cara Untuk Menggoreng Char Kuey Teow:

1. Bilas kuey teow dengan air dan tapis. Bersihkan kuchai dan hiris memanjang. Panaskan minyak, masukkan udang dan kacau sampai udang bertukar merah.

2. Masukkan dua senduk sos char kuey teow tadi, kemudian tambah 4-5 senduk air. Masukkan kuey teow sejemput serta masukkan taugeh dan kuchai. Last sekali baru masukkan telur.

Tips:

  • Char kuey teow perlu masak asing-asing untuk sorang makan baru sedap.
  • Tambah lebih air atau sos char kuey teow kalau nak lebih kuah.

Sumber: Nurha Muhammad

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending