Connect with us

Resepi

Resipi Koey Teow Thng Sedap dan Mudah

Published

on

Kowteow thng, repeat buat kali ke dua. Kuah dia simple sangat, dok pikir eh sedap ke ni masa mula-mula 1st time buat dulu. Bila campoq bawang putih goreng tu kan, makk ai krup krap krup krap sedap oii. Mama Ina goreng bagi hitam sikit. Campoq pulak cabai tu. Memang ngam hirup tak kalih belakang dah! Menu sempoi, melekat di hati. Mama Ina share la resipi kat sini, kalau korang nak try boleh la. Simple, tapi serius sedap.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (potong besar-besar pun takpa)
  • Fishball & fishcake
  • Serbuk lada putih
  • Lada putih biji ditumbuk
  • Sengkuang 1 biji (saiz sederhana je agak besar bulatan burger)
  • Gula batu if tak ada gula biasa pun ok
  • Serai 2 batang diketuk
  • Batang Saderi (optional)
  • Kiub pati ayam 2 ketul
  • Garam & serbuk hilal
  • Taugeh, daun bawang
  • Cabai kicap
  • Mee/Koey Teow/Maggie/Bihun

Cara Membuat:

1. Memasak Kuah; Campur sekali ayam dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah 4, serbuk lada putih, lada putih biji yang telah ditumbuk, batang saderi diketuk dan kiub ayam. Rebus hingga mendidih, masukkan serbuk hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi hingga ayam empuk.

2. Bila ayam dah empuk, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam untuk topping dalam th’ng nanti. Tulang ayam tu masukkan balik dalam kuah, biar merebus sekali. Siap part kuah! Fishball and fishcake boleh dicelur or goreng. Tapi suka goreng, lebih wangi. Jadi gorengkan sekejap, toskan. Potong nipis-nipis untuk dijadikan bahan topping.

3. Minyak Bawang Putih; Bawang putih 10 ulas dicincang halus, goreng dengan minyak hingga tukar warna kekuningan dan naik bau. Tutup api. Tunggu sejuk, masukkan bawang sekali minyak tu ya. Biar je, nak makan cedok sesudu.

4. Cili Kicap; Goreng cili padi 10 tangkai, cili merah 3 batang dan bawang putih 5 ulas, tengok size kalau kecil-kecil tambah sikit lagi. Goreng sampai naik bau dan tutup api. Tunggu sejuk sekejap, blend cili bersama minyak yang ditumis tadi serta kicap. Mama Ina guna campuran kicap mudim + kipas udang.

Siap! Dah boleh dihidang dengan pilihan mee, bihun atau koteow, taugeh celur serta taburan daun bawang. Try la, serius sedap!.

Sumber: Nur Hazlina Othman

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending