Connect with us

Resepi

Resipi Popia Simpul Kasih Inti Serunding Bilis

Published

on

Resipi ni saya pernah kongsikan kat sini pada tahun 2017. Boleh mencuba pada yang berminat, boleh buat untuk raya nanti. Cuma yang kali ni saya guna kulit popia jenama KG, lagi senang nak simpul.

Bahan-Bahan Serunding Ikan Bilis:

  • 1 mangkuk ikan bilis (yang jenis dah kopek ye, jangan guna yang sekor-sekor tu sebab ada taik, nanti tak sedap)
  • 12 tangkai cili kering (rebus dulu)
  • 1 biji bawang besar (potong kecil)
  • 5 ulas bawang putih (potong kecil)
  • 5 batang serai(potong kecil)
  • Sedikit halia (agak-agak jela) potong kecil
  • 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn santan pekat (saya guna santan kotak)
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh garam (saya guna sudu kfc tu je)

Cara Membuat:

1. Cuci ikan bilis dan rebus hingga mendidih, toskan dan kisar guna blender kering. Masukkan bahan-bahan lain dalam blender, bawang besar, bawang putih, serai, halia, cili kering, santan dan air. Kisar hingga sebati.

2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selama 5 minit, masukkan gula dan garam. Masukkan ikan bilis yang telah diblender tadi, kacau sehingga kering. Agak lama jugak nak tunggu kering, lebih kurang 40-45 minit.

Nota: Sukatan kat atas tu untuk kuantiti yang sikit je, cukup untuk sepaket kulit popia.

Cara Buat Simpul Kasih:

1. Step seterusnya, sediakan kulit popia. Gunting kecil-kecil, saya potong 10 bahagian untuk sekeping kulit popia tu.

2. Letakkan serunding sikit atas kulit popia tadi, simpul kemas-kemas dan buat hingga habis. Goreng hingga masak.

Sumber: Siti Hajar Hashim

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending