Connect with us

Resepi

Resepi Cucur Udang Ranggup Luar Lembut Dalam

Published

on

Cucur udang ini mempunyai tekstur yang tidak kering malah gebu, rangup di luar serta lembut di dalam. Tambahan lagi, resipi ini tidak kedekut bahan! Penuh dengan isi udang serta sayur.

Bahan-Bahan:

  • Tepung gandum 1/2 kilo (tak kisah cap apa)*
  • Serbuk kunyit sedikit (jika perlu)*
  • Garam secubit*
  • Gula 2 sudu besar*
  • Telor 1 biji*
  • Sedikit serbuk soda bikarbonat*
  • Daun Kuchai
  • Taugeh
  • Udang – cuci bersih tanpa membuang kulit

Cara-cara Membancuh Adunan Tepung:

1. Campur semua bahan-bahan bertanda * gaul-gaul rata. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit gaul-gaul sampai sebati sehingga hilang ketulan-ketulan tepung.

2. Setelah sebati semua baru masukkan daun kuchai, taugeh dan udang. Gaul-gaul rata ketepikan rehatkan doh sebentar anggaran masa setengah jam.

3. Setelah cukup tempoh perapan bolehla digoreng seperti cucur-cucur yang biasa kita buat. Lebihkan dan panaskan minyak terlebih dahulu kemudian baru tuangkan aduanan dengan menggunakan tangan, toskan setelah masak.

Bahan-Bahan Untuk Kuah Kacang:

  • Setengah kilo kacang tanah yang digoreng tanpa minyak atau disangai, buangkan kulit dan kemudian kisar kering sehingga hancur.
  • 15 biji Cabai kering potong dan rendamkan dengan air sehingga kembang*
  • Bawang besar 1 labu*
  • Bawang putih 2 ulas*
  • Serai 1 batang*

Cara-cara Membuat Kuah Kacang:

1. Kisar semua bahan-bahan bertanda * kemudian masukkan minyak ke dalam periuk untuk menumis, setelah itu masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.

2. Masak sehingga pecah minyak kemudian masukkan air dan kacang tanah yang dikisar, anggaran air mengikut kepekatan citarasa kuah masing-masing.

3. Masukkan gula, garam secukup rasa dan bahan perasa jika perlu, masak sehingga pecah minyak dan betul-betul masak. Kemudian tutup api, siap! dan boleh dihidangkan bersama cucur udang tadi.

Selamat mencuba semua, semoga berjaya.

Sumber: Mazitah Ahmad Nur Solehah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending