Connect with us

Resepi

Resepi Ikan Celup Tepung Rangup Dan Sedap

Published

on

Nak kongsi rahsia lagi kali ni. Tak perlu air kapur pun untuk buat ikan celup tepung untuk hasil yang halus dan rangup. Boleh guna resepi yang sama juga untuk buat pisang goreng cara orang Kelate jual.

Jom baca resepi berguna cikgu di bawah. Sukatan di bawah untuk 3 ekor ikan, 5 ekor sotong dan 10-13 ekor udang;

1. Masukkan sukatan bahan di bawah dalam satu bekas:

  • 7 sudu besar tepung beras
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 1/3 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar telur. Seeloknya kuning telur sahaja
  • 1/2 cawan kecil air sejuk

2. Kacau rata semua bahan tadi. Adunan tepung tidaklah terlalu pekat dan perlu sedikit cair.

3. Tips penting menghasilkan bahan goreng yang cantik:

  • Guna minyak yang banyak
  • Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa ikan/udang/sotong dimasukkan)
  • Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana selepasnya

4. Ini teknik yang cikgu ubah. Sebelum ini cikgu celup guna tangan lalu merenjis sekali adunan tepung. Teknik barunya, cikgu pakai penyepit sambil merenjis adunan tepung ke dalam kuali.

5. Hasilnya memang sangat menarik. ‘Habuk’ nampak lebih nipis yang cantik. Rasanya juga lagi rangup.

6. Balik-balikkan selepas sebelah bahagian mengeras. Jika ‘habuk’ sudah kuning, boleh angkat dan toskan dulu. Jangan biar masak sekali dengan lauk kerana biasanya adunan tepung lebih cepat garing.

7. Untuk hasilkan ‘habuk’ yang banyak, baki adunan tepung direnjis-renjis menggunakan penyepit juga. Balik-balikkan dan sedia untuk ditaburkan ke atas lauk celup tepung yang digoreng.

Sumber: Afy AL Habibi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending