Connect with us

Resepi

Resipi Agar-Agar Lumut Gula Merah Cantik Menawan

Published

on

Petang ni buat agar-agar lumut gula merah untuk minum petang. Alhamdulillah menjadi, baru siap potong ni. Sejukkan dulu dalam peti sejuk baru makan memang sedap.

Bahan-Bahan:

  • 18 gm agar-agar tali (gune je sepeket tu, kalau gune serbuk saya agak tak pasti sebab tak pernah try)
  • 1250 ml air
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 2 sudu gula putih (boleh kurangkan jadi 1 sudu jika tak nak manis)
  • 1 kotak santan
  • 1 cwn gula merah (kire boleh dapat 1/2 mangkuk putih ikea tu)

Cara Membuat:

1. Didihkan air, masukkan agar-agar tali dan biar dia hancur dalam tu. Seterusnya masukkan gula merah, gula putih, dan esen vanilla. Masak sehingga mendidih.

2. Dalam bekas lain, satukan santan dan telur. Kacau-kacau lepas tu tuang dalam periuk. Masak dia dalam 5 minit dengan api perlahan. Lepas tu baru kuatkan api bagi dia naik buih dan trus tutup api.

3. Akhir sekali tuang bancuhan agar-agar ke dalam loyang. Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending