Connect with us

Resepi

Resepi Puding Mangga Susu Cantik Berkilat Elok

Published

on

Nampak tu? Cantik berkilat elok. Hari ini terasa nak makan puding mangga susu, so buat la sementara stok mangga masih ada. Lagi sedap bila disejukkan dulu.

Bahan-Bahan:

  • 30g agar-agar tali
  • 1400 ml air
  • 1 tin susu cair
  • Gula pasir ikut rasa
  • 1 biji buah mangga potong dadu isinya
  • Sedikit gula batu

Cara Membuat:

1. Agar-agar dibasuh, gunting pendek-pendek, kemudian rendam sekejap. Sediakan periuk, masukkan agar-agar dan air, kemudian masak atas dapur. Kacau-kacau selalu.

2. Bila agar-agar dah larut, masukkan gula pasir dan gula batu. Rasa ikut kemanisan yang disukai. Tutup api. Sediakan acuan yang disukai, basahkan sedikit.

3. Susun buah mangga yang dah dipotong dadu tadi di dasar acuan. Ambil agar-agar tadi dan tuang ke atas buah mangga sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan.

4. Tuang sehingga melepasi buah mangga saja, jangan terlalu banyak. Sejukkan sebentar. Baki agar-agar tadi panaskan semula dan tuang susu cair ke dalamnya.

5. Kacau dan sebatikan, tutup api. Bila bahagian bawah tadi sedikit keras, cucuk-cucuk guna garpu. Tuang la baki agar-agar susu ke atasnya perlahan-lahan.

6. Penuhkan acuan, bila dah habis boleh la sejukkan di luar sebentar. Pastu masukkan ke dalam peti sejuk, nanti dah keras boleh la potong. Siap, cuba la.

Sumber: Syana Anuya Manmad

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending