Connect with us

Resepi

Resepi Agar-Agar Lumut Perisa Pandan dan Gula Merah

Published

on

Salam semua. Siapa yang tengah cari ape nak buat nak tambah income, jom buat agar-agar ni. Boleh ju al kat kawasan masing-masing, Inshallah ramai peminatnya. Resepi ni paling senang nak buat. Kalau rajin boleh letak dalam acuan cantik-cantik.

Bahan Agar-Agar Lumut Pandan:

  • 20gm agar-agar tali
  • 2 liter air
  • 7.5ml @ 2 sudu kecil emulco pandan (brand apito bakels)
  • 250 gram gula pasir
  • 20gm gula batu
  • 1 sudu kecil garam

Satukan (pukul sampai sebati) dalam bekas lain, jadikan lebih kurang 500ml.

  • 1 kotak santan + 1/2 kotak air (kocak baki santan dalam kotak tu)
  • 2 biji telur
  • 1 penutup Esen vanila
  • 1/2 sudu kecil Sunquick

Cara Membuat:

1. Rebus agar-agar dan air sampai gelegak. Masukkan emulco, gula putih dan gula batu. Biar gelegak sampai agar-agar dan gula larut.

2. Besarkan api, masukkan adunan santan. Biarkan saja jangan kacau. Lepas dia gelegak sekali lagi, kacau sekejap dan tutup api.

3. Bila nak cedok dalam bekas baru kacau lagi, setiap kali nak cedok bagi sama rata dapat bahagian telur tu. Siap!.

Bahan Agar-Agar Gula Merah:

  • 20gm agar-agar tali
  • 2 liter air
  • 300 gram gula merah cap bintang
  • 20gm gula batu
  • 1 sudu kecil garam

Satukan dalam bekas lain untuk jadikan lebih kurang 500ml.

  • 1 kotak santan + 1/2 kotak air (kocak baki santan dalam kotak tu)
  • 2 biji telur
  • 1 penutup Esen vanila
  • 1/2 sudu kecil Sunquick

Cara masak sama macam yang pandan dekat atas.

Sumber: Cik Markonah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending