Connect with us

Resepi

Resepi Blackmelt Cookies Nampak Hitam Tapi Sedap

Published

on

Try buat biskut blackmelt. Ye dia memang hitam tapi sedap, lemak, rangup dan rapuh. Bukan rangup keras ye. Saya sukat guna cawan set minum teh biasa dan saya sertakan sekali dalam bentuk gram. Jangan derhaka sukat main agak-agak, insyaAllah jadi je nanti.

Bahan A:

  • 250g butter
  • 245g castor sugar (1 cawan + 4 sudu besar)
  • 1 telur (resepi asal 500g butter, 1 telur. Resepi saya ni saya bahagi 2 tetap guna 1 telur jugak)

Bahan B:

  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikabonat
  • 1/2 sudu kecil emplex
  • 3 sudu besar susu tepung (saya guna omega)
  • 125g minyak masak (1/2 cawan)

Bahan C:

  • 21/2 sudu besar serbuk koko
  • 3 sudu besar dark/black serbuk koko
  • 53g tepung jagung (1/2 cawan)

Bahan D:

  • 350g tepung gandum (21/2 cawan)

Bahan E:

  • 11/2 cawan Coklat cips (callebaut/beryls)
  • 2 cawan Almond nibs (saya skip almond & coklat cips. Saya cuma letak beryls coklat coins yang dicincang)

Nota: Doh dia memang lembut ye, tak perlu simpan peti boleh terus bakar.

Cara Membuat:

1. Kacau sebati bahan A. Kaup balik je sampai rata. Masukkan bahan B (ayak semua bahan kecuali minyak masak). Kaup balik sehingga sekata.

2. Seterusnya, masukkan pula bahan C (ayak semua bahan). Sebatikan. Masukkan pula tepung gandum (ayak). Kaup rata. Masukkan bahan E sehingga menjadi doh yang sekata.

3. Letakkan adunan atas dulang mengikut saiz yang dikehendaki dan bakar dengan suhu 180c, dalam masa 15-17 minit. Suhu saya 130c selama 20 minit. Saya guna oven industri gas.

Sape nak buat duit untuk puasa, boleh sangat bancuh dengan anak-anak. Selamat mencuba.

Sumber: Dani J Tang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending