Connect with us

Resepi

Resipi Puding Laici Mama Guna Sukatan Cawan

Published

on

Siap puding laici untuk makan-makan di pejabat Mama. Diorang semua suka makan beramai-ramai ni. Saya tak buat jual pun. Saja-saja seronok jamu orang makan. Ini puding laici cara Mama saya.

Bahan A:

  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air laici
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji kuning telur

Campur semua bahan A, sebatikan dan letak tepi dahulu.

Bahan B:

  • 25g agar-agar tali
  • 10 cawan air
  • 250g gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 ketul kecil gula batu
  • 3 helai daun pandan – carik dan ikat simpul

Cara Membuat:

1. Didihkan semua bahan B atas api sehingga semua larut. Bila bahan B sudah larut, kecilkan api, masukkan bahan A ke dalam bahan B. Kacau sebati dalam 4-5 minit sahaja. Jangan biar sampai mendidih, nanti berketul, kemudian tutup api.

2. Kemudian, boleh tapis dan masukkan dalam bekas pilihan. Sama ada nak buat dalam loyang besar terus atau bekas kecil kecil macam ni. Lepas tu boleh carik-carikkan laici dan masukkan dalam puding.

3. Kalau nak buat surprise laici tenggelam, boleh terus bubuh laici masa puding masih cair. Kalau nak biar nampak laici kat atas permukaan sikit, boleh bubuh laici masa dah sedikit mengeras. Bila tak panas sangat, boleh masukkan dalam peti ais. Makan sejuk sejuk baru sedap. Selamat mencuba.

Nota:

  • Satu adunan ni saya masuk bekas tak penuh dapat 46 bekas. Kalau letak penuh sampai garisan dapat dalam 40 bekas.
  • Puding ni boleh adjust nak kurang/lebih sikit air jika suka puding yang lebih pejal/lembut, ikut preference masing-masing.
  • Kalau suka manis, boleh lebihkan gula. Ikut sukatan di atas ni, tak manis sangat, tak tawar sangat.

Sesiapa yang nak share, nak buat jualan, nak buat makan makan, silakan ye. Kalau nak adjust ikut preferences masing-masing pun takde masalah. Semoga semua pahala yang diperolehi sampai untuk Mama (Sariah Anuar) dan Ayah (Abdul Rahman Osman) saya.

Sumber: Aida Sarida

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending