Connect with us

Resepi

Resepi Kuih Bangkit Tradisional Memang Sedap

Published

on

Percubaan pertama buat biskut bangkit santan ni, tak sangka menjadi. Rasa lemak manis di mulut memang sedap. Cara nak buat pun mudah hanya guna beberapa bahan. Boleh tengok di bawah;

Bahan-bahan:

  • 400gram Tepung Sagu REMBIA yang dah disangai
  • 140gram Santan pekat (saya perah sendiri dari sebiji kelapa, saya masak dengan api slow. Kacau hingga pekat. Kalau masuk peti ais pon boleh nanti ambil yg bahagian atas saje. Yang pekat tu)
  • 2 biji Kuning telur
  • 100gram gula castor (resepi ni saya kurangkan gula supaya mak saya dapat makan)
  • 3 helai daun pandan

Cara buat:

Pukul telur dan gula sampai kembang. Ayak tepung tepung ke dalam adunan telur & telur tadi. Masukkan santan sikit2 yup dan uli sampai hingga jadi doh.

Tutup doh supaya adunan sentiasa lembab. Rehatkan doh selama 1 jam & baru la cetak2 guna acuan.

Nota:

1. Saya guna Tepung Sagu rembia dan bukan Tepung Ubi.
2. Saya sangai tepung dahulu sebab nak tepung tu ringan. Sangai 15 minit dengan daun pandan.
3. Bakar pada suhu 160 selama 30 minit .. Bergantung pada oven masing2. Macam saya guna oven meck.

Sumber: Adam Lah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending