Connect with us

Resepi

Resepi Ayam Masak Merah Bersantan Ala Utara

Published

on

Masak apa tengah hari nanti? Boleh cuba Ayam Masak Merah Bersantan yang viral ni, telah banyak kali dikongsikan di page-page juga di group-group. Ini juga satu lagi resepi yang sangat sedap dan terbaik juga.

Ini juga satu lagi resepi yang sangat sedap dan terbaik juga. 20 tahun dah guna pakai resepi dan disimpan rapi hingga ke hari ini. Ayam Masak Merah ala-ala Utara dipersembahkan untuk hangpa semua. Walau nampak seakan sama tapi ingredients sedikit berbeza. Memang sesuai dengan nasi tomato dan lain-lain. Selamat Mencuba Hangpa.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong ikut suka, kalau nak meniaga dipotong 12. Ayam dibersihkan digaramkunyit dan digoreng. Jangan goreng terlalu lama nanti keras.
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil kacang peas
  • 1 tin kecil tomato puri

Bahan Tumis:

  • Setengah biji bawang besar dipotong nipis
  • 2 ulas bawang putih
  • 2btg kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji cengkih

Bahan Dikisar:

  • 20 biji cili kering dipotong direbus dikisar halus. Kalau suka pedas guna 25-30 biji cili kering.
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 cm halia
  • 2 cm lengkuas

Semua bahan-bahan ini dikisar halus.

Cara Memasak:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris nipis tadi dah layu baru masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Goreng sebentar, terus masukkan bahan-bahan kisar. Gaul rata baru masukkan tomato puri.

2. Masak sampai pecah minyak dan biarkan sedikit kering (periuk kena sentiasa ditutup sebab masakan ini merecik). Masukkan ayam dan santan pekat, gaul rata baru masukkan gula dan serbuk secukup rasa. Biarkan mendidih.

3. Perlahankan api sebentar, biarkan kuah ayam sampai berminyak baru tutup api. Masukkan kacang peas hijau sebagai hiasan. Sesuai sangat dimakan dengan apa-apa jenis nasi.

Sumber: Mak Cik Ratu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending