Connect with us

Resepi

Resipi Kuih Sagu Tradisional Mudah dan Sedap

Published

on

Done buat untuk sarapan hari nie. Banyak hari dah dok teringin nak makan kuih sagu nie, kita try buat jugak la. Puas godek-godek resepi dalam group, Alhamdulillah, menjadi dengan jayanya.

Bahan-Bahannya:

  • 2 cawan sagu putih
  • 3/4 cawan gula
  • 4 cawan air
  • Sedikit pewarna sirap rose merah
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 biji kelapa parut (diambil putihnya)
  • Sedikit garam

Cara Membuat:

1. Sagu dibasuh bersih kemudian direndam sekejap dalam 10 minit. Di dalam kuali, satukan air, gula, pewarna sirap rose dan daun pandan. Dengan api yang sederhana, masakkan air sehingga mendidih dan gula hancur.

2. Bila air dah mendidih, bleh masukkan sagu. Kacau tanpa henti sehingga hilang butir-butir putih sagu. Sementara itu, panaskan pengukus. Bila sagu dah hilang butir-butir putihnya, tuangkan sagu tersebut dalam loyang atau acuan.

3. Kemudian, kukus sagu selama 10 minit sehingga masak. Selain itu, kelapa digaul dengan garam kemudian dikukus sekejap. Bila kuih sagu dah sejuk, boleh potongkan dan gaul dengan kelapa parut. Boleh la di hidangkan.

Sumber: Shah Shatry

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending