Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Sate Di Rumah, Cara Pun Mudah. Guna Seekor Ayam, Banyak Cucuk Boleh Dapat

Published

on

Buat Sendiri Sate Di Rumah, Cara Pun Mudah. Guna Seekor Ayam, Banyak Cucuk Boleh Dapat

Jika selama ini kita beli saja sate, kali kita cuba pula buat sendiri. Harga sate pun dah mahal kan, satu cucuk RM1.

Kalau ada acara makan-makan famili sesuai sangat buat, jimat belanja. Boleh jadi aktiviti keluarga juga.
Cara mudah buat sate sendiri

Rasa macam susah nak buat sate tapi bila baca perkongsian Noorlaili Zainal mudah saja rupanya. Guna seekor ayam, banyak cucuk boleh dapat.

Buat Sendiri Sate Di Rumah, Guna Seekor Ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (ambil isi saja potong dadu cuci & toskan)

Bahan kisar:

  • 2 labu bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 batang serai

Bahan perap:

  • 2 cawan gula
  • 2 sudu kecil garam
  • 4 sudu kecil kunyit
  • 3 sudu besar jintan manis

Cara membuat sate:

1. Dalam besen besar masukkan isi ayam, bahan kisar dan bahan perap

2. Gaul sebati dan perap . Lagi lama lagi best

3. Ambil isi ayam perap tadi cucuk dengan lidi sate.

4. Lebihan perapan tadi ambil sedikit letak dalam bekas kemudian campur dengan sedikit minyak untuk direnjis ketika bakar sate.

5. Bakar hingga isi ayam masak, boleh juga guna pemanggang ajaib.

Bahan untuk kuah kacang:

  • Segenggam cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 2 inci halia
  • (Kisar 3 bahan di atas)
  • 1 batang serai di ketuk
  • 2 cawan kacang tanah -siap dikisar
  • 2 keping gula melaka
  • 1/2 cawan gula
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Asam keping

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bahan kisar masukkan serai (tumis sampai pecah minyak).
  3. Masukkan kacang tanah gaul sebati.
  4. Masukkan air kacau dan biar mendidih (api perlahan).
  5. Masukkan gula melaka, gula, garam & asam keping.
  6. Masak hingga pekat, rasa dan tambah apa yang kurang.

Boleh hidangkan sate bersama kuah kacang, hirisan timun dan bawang serta nasi impit.

Selamat mencuba.

Sumber: Noorlaili Zainal

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending