Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Tanam Kailan Supaya Sebulan Lebih Boleh Tuai Hasil. Tapi Potong Begini Supaya Bercambah Lagi

Published

on

Tip Tanam Kailan Supaya Sebulan Lebih Boleh Tuai Hasil. Tapi Potong Begini Supaya Bercambah Lagi

Memang berbaloi tanam kailan sekarang apatah lagi ketika ini harga sayur naik. Kailan, selain mudah bercambah, ia juga senang dijaga. Sesuai sangat kalau nak ditanam di rumah.

Boleh ditanam dalam pasu, polibeg atau terus atas tanah. Nak buat kaedah hidroponik pun boleh juga. Lagi satu yang best tanam kailan ini, dalam masa 4-7 minggu selepas anak benih di semai sayur ini boleh tuai.

Dah boleh masak kailan ikan masin! Tak payah order kat restoren yang harganya RM10-RM15 sepinggan kecil. Bagi yang baru nak cuba tanam sayur bolehlah ikut langkah penanaman ini.

Tip Kalau Nak Mula Tanam Kailan

1. Letak biji benih atas tray semaian atau polibeg (anak benih boleh beli di nurseri atau online). Boleh guna media semaian peat mos.

2. Boleh tutup tray semaian dengan plastik hitam bagi mempercepatkan percambahan anak benih. Atau letak di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Dalam masa 3-4 hari anak benih akan muncul, waktu ini boleh alihkan plastik yang lindungi anak benih.

3. Bila anak benih berdaun 4 boleh alih ke atas tanah atau polibeg atau batas. Kailan sesuai ditanam atas tanah yang tinggi kadar organik.

4. Selepas pindahkan anak pokok kailan perlu ditutup sedikit dengan cocopeat, lalang atau rumput untuk kekalkan kelembapan tanah.

5. Siram 2 kali sehari pagi dan petang.

6. Sayur kailan boleh dituai dalam masa 4-7 minggu. Waktu ini ia tidak terlalu muda atau muda.

Petua penjagaan kailan

  • Boleh siram dengan air basuhan beras
  • Guna baja tahi ayam
  • Bila tuai kailan jangan cabut akar, potong daun. Tapi tinggalkan sehelai dua daun supaya kailan bercambah lagi. Teknik ini dinamakan cut-and-come-again, cara ini satu pokok boleh diambil hasilnya hingga 5 kali.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Berkebun D Rumah via Foto Facebook Ratt Ratna

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Limau Kasturi Dengan Kaedah Tut (Marcotting), Cepat Berakar dan Mudah Berbuah

Published

on

Cara Tanam Pokok Limau Kasturi Dengan Kaedah Tut (Marcotting), Cepat Berakar dan Mudah Berbuah

Pokok limau kasturi merupakan antara tanaman buah yang sangat popular di laman rumah kerana kegunaannya yang pelbagai dalam masakan dan minuman harian. Aromanya yang segar serta rasa masam yang unik menjadikannya bahan wajib di dapur ramai keluarga. Pokok Limau Kasturi Dengan Kaedah Tut (Marcotting)

Selain mudah dijaga, pokok limau kasturi juga boleh dibiakkan dengan pelbagai cara. Namun, salah satu kaedah yang paling berkesan dan cepat menghasilkan pokok matang ialah melalui teknik tut atau marcotting.

Apa Itu Kaedah Tut (Marcotting)?

Kaedah tut ialah teknik pembiakan tanaman dengan cara merangsang akar tumbuh pada dahan pokok yang masih berada pada pokok induk. Selepas akar terbentuk, dahan tersebut akan dipotong dan ditanam sebagai anak pokok baharu.

Kaedah ini sering digunakan untuk tanaman buah-buahan seperti limau kasturi, mangga, jambu batu, rambutan dan durian kerana ia lebih cepat menghasilkan pokok yang boleh berbuah berbanding semaian biji benih.

Bahan-Bahan Untuk Kaedah Tut Limau Kasturi

  • Cocopeat (sabut kelapa hancur)
  • Tanah hitam atau tanah subur
  • Plastik pembungkus makanan
  • Cable tie atau tali pengikat
  • Dahan limau kasturi yang sihat dan matang

Langkah-Langkah Membuat Tut Limau Kasturi

1. Pilih Dahan Yang Sesuai

Pilih dahan limau kasturi yang matang, sihat dan tidak berpenyakit. Dahan yang terlalu muda tidak sesuai kerana sukar untuk membentuk akar.

2. Buat Kelaran Pada Dahan

Kelar dan kikis sedikit bahagian kulit dahan sepanjang lebih kurang satu inci. Proses ini bertujuan merangsang pertumbuhan akar pada kawasan tersebut.

3. Sediakan Medium Tut

Campurkan cocopeat dan tanah hitam dalam keadaan lembap. Pastikan campuran tidak terlalu basah supaya tidak menyebabkan reput.

4. Balut Bahagian Kelar

Letakkan campuran tadi pada bahagian yang telah dikelar, kemudian balut menggunakan plastik pembungkus makanan.

5. Ikat Dengan Kemas

Ikat bahagian atas dan bawah menggunakan cable tie atau tali supaya medium tut tidak terjatuh atau bocor.

6. Tunggu Proses Perakaran

Biarkan selama kira-kira satu bulan atau lebih sehingga akar mula memenuhi bahagian dalam balutan plastik.

7. Potong Dan Tanam

Apabila akar sudah banyak dan kuat, potong dahan tersebut daripada pokok induk dan tanam ke dalam polybag berisi tanah subur.

Disarankan untuk memangkas sedikit daun dan dahan kecil bagi mengurangkan kehilangan air dan menggalakkan pertumbuhan cabang baharu.

Penjagaan Selepas Menanam Anak Pokok

  • Letakkan di kawasan teduh selepas dipindahkan ke polybag.
  • Siram secara sederhana, elakkan tanah terlalu lembap.
  • Selepas 1 hingga 2 bulan, dedahkan secara berperingkat kepada cahaya matahari penuh.

Kelebihan Kaedah Tut Limau Kasturi

  • Lebih cepat berbuah berbanding tanaman dari biji benih.
  • Kadar kejayaan lebih tinggi jika dilakukan dengan betul.
  • Boleh menghasilkan banyak anak pokok dalam masa singkat.
  • Menjimatkan kos pembelian anak pokok di nurseri.

Kesimpulan

Kaedah tut atau marcotting merupakan teknik yang sangat berkesan untuk membiak pokok limau kasturi di rumah. Dengan bahan yang mudah didapati dan langkah yang ringkas, anda boleh menghasilkan anak pokok yang sihat dan cepat membesar.

Selain menjimatkan kos, teknik ini juga membolehkan anda memperbanyakkan tanaman untuk kegunaan sendiri atau dikongsi dengan orang lain. Dengan sedikit kesabaran dan penjagaan yang betul, anda pasti boleh menikmati hasil limau kasturi segar dari laman rumah sendiri.

Continue Reading
Advertisement

Trending