Connect with us

Tips Dan Petua

Resipi Ikan Bilis Kentang Berempah, Lauk Simple Rasa Macam Air Tangan Mak

Published

on

Resipi Ikan Bilis Kentang Berempah, Lauk Simple Rasa Macam Air Tangan Mak

Masak Ikan Bilis Kentang Berempah ni senang je! Siapa je tak suka lauk mudah dan sedap. Jimat masa kita nak memasak di dapur.

Resipi asal ini telah dikongsikan oleh Nurul Ateekah di Facebook memang menarik hati min betul untuk menulis artikel ini.

Bahan utama cuma kentang dan ikan bilis. Ada lauk ni je pun dah cukup dah kalau orang bujang, lepastu tinggal masak nasi panas je fuhhh layan makan lauk ni. Jom kita cuba resipi ni.

Resipi Ikan Bilis Kentang Berempah

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis 1 cawan (dibasuh dan digoreng)
  • Ubi kentang 5 biji (hiris nipis)
  • Cili merah 1 (dibelah)
  • Cili hijau 1 (dibelah)
  • Bawang besar 1 (dihiris)
  • Bawang putih 3 ulas(dihiris)
  • Daun kari 2 tangkai
  • Serbuk kari 1 sudu besar
  • Cili kisar 5 sudu besar
  • Kicap manis 3 sudu besar
  • Serbuk perasa
  • Gula

Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, masukkan ubi kentang goreng sehingga keperangan dan sedikit garing. (Angkat dan ketepikan)

2. Kemudian masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga masak rangup. (Angkat dan ketepikan)

3. Gunakan minyak yang sama , tumis bawang putih , daun kari dan bawang besar sehingga naik bau.

4. Perlahankan api, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

5. Kemudian masukkan serbuk kari. Gaulkan sehingga sekata.

6. Masukkan kicap, serbuk perasa dan gaulkan sebati.

7. Masukkan cili hijau, cili merah , ubi kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi , gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika.

8. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending