Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Bawang Goreng Garing Gerenti Sedap, Letak ‘1 Bahan’ Ini Supaya Lagi Rangup

Published

on

Cara Buat Bawang Goreng Garing Gerenti Sedap, Letak ‘1 Bahan’ Ini Supaya Lagi Rangup

Jika sebelum ini kita asyik beli je. Kali ini apa kata jom kita cuba buat sendiri bawang goreng. Rupanya tak susah mana pun nak buat sendiri bawang goreng garing di rumah.

Tapi pastikan letak 1 bahan yang dikongsikan di bawah supaya bawang goreng menajdi lebih rangup. Kalau tiada bahan ini, bawang goreng akan menjadi tidak sedap.

Saurdari Nur Aida Md Zainuddin ada berkongsikan cara-cara membuat bawang goreng yang sama sedap macam kita beli di kedai. Kalau dah pandai buat, boleh dibuat jualan pula. Boleh dijadikan pendapatan sampingan. Jom cuba!

RESIPI BAWANG GORENG GARING

Bahan-bahan:

  • Bawang merah kecil
  • Sedikit garam
  • Tepung beras
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Kupas bawang, basuh bersih dan toskan. Kemudian hiris nipis bawang merah kecil. Boleh lihat contoh seperti gambar di bawah.

2. Panaskan minyak dalam kuali, sambil itu masukkan sedikit garam dan tepung beras dalam bawang tadi. Nipis-nipis saja supaya rangup (tepung beras jangan banyak).

3. Goreng bawang sehingga menjadi keperang-perangan.

4. Angkat dan toskan buang minyak supaya garing.

5. Simpan dalam bekas tertutup, siap!

Selamat mencuba!

Kredit: Nur Aida Md Zainuddin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Kenal Pasti Tayar Kereta Botak Atau Tidak, Bukan Tengok ‘Bunga’ Tapi Jalur Ini

Published

on

Cara Kenal Pasti Tayar Kereta Botak Atau Tidak, Bukan Tengok ‘Bunga’ Tapi Jalur Ini

Antara info asas yang perlu diketahui bila memiliki dan memandu kenderaan sendiri adalah cara untuk kenal pasti tayar botak atau masih boleh dipakai. Selalu bila ditanya bagaimana tentukan perkara ini, ramai yang kata tengok ‘bunga’ pada tayar.

Tapi betul ke begini? Sebenarnya untuk tentukan tayar kereta kita boleh dipakai lagi ataupun sebaliknya adalah dengan lihat jalur bukannya ‘bunga’. Info dikongsi klick.my boleh digunakan untuk memeriksa tayar kereta kita.

Cara Mengenal Tayar Botak

Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.

Salah sebenarnya tu. Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.

Apa maksud tayar botak?

Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.

1. Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu.

Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.

Jalur tengah tu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi.

2. Ni pun tayar botak

Jalur sama tinggi dengan penanda. Nampak tak tayar ni guna penanda yang lain daripada tayar pertama tadi.

3. Tayar belum botak

Tayar belum botak, mungkin 30%. Tak lama dah ni kena tukar.

4. Tayar hampir botak

Mungkin 80-90% (tengok pada beberapa penanda tu). Kalau perasan, penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding penanda di sebelah kanan. Maknanya tayar ni haus lebih cepat di sebelah kiri, sebab alignment atau balancing tak betul.

Atau mungkin sebab camber senget. Dinasihatkan untuk tukar terus dan cek camber. Plus, tayar nampak banyak crack petanda sudah tua.

5. Tayar baharu

Begitu dalam sekali penanda botak tu ditenggelami oleh jalur tengah. Kalau tak bulatkan ni, mungkin susah nak nampak. Inilah tayar 0%. Boleh bandingkan dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ni.

Semoga Manfaat!

Sumber : klick.my & Akmal Amri

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending