Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Ayam Roasted Ala Dominos, Sedap Menjilat Jari!

Published

on

Cara Buat Ayam Roasted Ala Dominos, Sedap Menjilat Jari!

Pasti ramai peminat ayam roasted di restoran Dominos dan Pizza Hut kan? Ayam yang sangat empuk dan sedap, ditambah pula dengan sos perapannya yang enak. Memang tak jemu makan!

Tapi kalau ada keluarga besar, harga dia boleh tahan mahal juga kalau beli banyak. Beli sikit, risau tak cukup pula.

Jadi apa kata jom masak sendiri je kat rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Nadia Ahmad Zubir ini. Selamat mencuba!

RESIPI AYAM ROASTED ALA DOMINOS

Bahan-bahan:

  • 120g sos tomato
  • 120g sos cili
  • 1sb serbuk cili
  • 2sb gula
  • 1sb garam
  • 60g butter
  • 2sb lada hitam
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk

Cara-cara:

1. Masak semua bahan sampai butter cair.

2. Biarkan sejuk. Kemudian salut rata pada ayam dan perapkan.

3. Susun atas loyang, letakkan minyak sikit dan tuang lebihan sos atas ayam. Bakar dalam oven pada suhu 170° selama 30 minit.

4. Siap ayam roasted yang lazat.

Selamat mencuba!

Kredit: Nadia Ahmad Zubir

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Ayam Masak Bawang Ala Kedai Nasi Kandar Penang

Published

on

Cara Buat Ayam Masak Bawang Ala Kedai Nasi Kandar Penang

Menu ayam masak bawang Pulau Pinang ini nampak sedap dan menyelerakan.

Menerusi perkongsian oleh Che Atie, katanya resipi ini paling terkenal di restoran Nasi Kandar di serata Penang.

Beliau ada berkongsikan cara membuatnya langkah demi langkah di bawah. Kalau ada yang teringin nak rasa, ikut saja resipi ini.

Resipi Ayam Masak Bawang Pulau Pinang

Bahan-bahan:

  • Bawang besar selabu dimayang halus
  • Daun pandai sehelai dipotong 4
  • Daun kari setangkai
  • Ayam digaul garam kunyit
  • Daun pandan
  • Daun kari
  • 4 sekawan
  • Pes halia bawang putih
  • Pes bawang besar
  • 2 sudu serbuk cili
  • 1sdk serbuk kunyit
  • 1sdk serbuk jintan manis dan jintan puteh
  • 1sudu serbuk kari daging
  • Setengah sudu garam masala
  • 1 sudu sos cili, sos tamato dan sos tiram
  • Garam dan gula

Cara-cara:

1. Goreng bawang yang dimayang sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

2. Minyak goreng bawang tadi guna untuk goreng ayam pula.

3. Goreng ayam 3/4 masak.

4. Guna 1 senduk minyak goreng ayam tadi. Tumis daun pandan, daun kari dan 4 sekawan.

5. Masuk pes halia bawang putih dan kacau.

6. Masuk pes bawang besar 1 labu yang diblend dengan air. Masuk pes dulu kacau kemudian baru masuk air bawang untuk kuah.

7. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, jintan manis, jintan putih, serbuk kari daging dan garam masala. Kacau rata.

8. Masuk 1 sudu sos cili, sos tamato dan sos tiram. Kacau.

9. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Garam jangan banyak. Gaul sehingga sebati dan kuah pekat.

10. Masukkan ayam yang digoreng tadi, kacau sehingga sebati.

11. Akhir sekali, masukkan bawang yang digoreng tadi. Kacau rata, siap.

Selamat mencuba!

Sumber : Che Atie

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending