Terkini Kerajaan Umum Membenarkan Rentas Negeri antara PKPP ke PKPP

Dalam satu sidang media yang telah dibuat di Putrajaya pada hari ini kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pelancongan domestik melibatkan negeri-negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula Rabu ini.

Menurut Menteri Kanan Kluster Keselamatan mengatakan bahawa aktiviti itu dibenarkan dengan merujuk kepada panduan dan syarat ketat yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian.

Tambah Datuk Seri Ismail, antara salah satu syaratnya adalah mereka yang ingin membuat aktiviti pelancongan mereka hendaklah menggunakan perkhidmatan syarikat agensi pelancongan yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia.

Oleh itu, beliau menyeru agar setiap syarikat pelancongan mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis diraja Malaysia terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pergerakan merentas negeri.

Menteri turut menegaskan bahawa aktiviti ini hanya dibenarkan melibatkan kawasan negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sahaja dan bukan negeri yang masih dibawah kawalan Pergerakan (PKP) dan (PKPB).

Contoh yang dibenarkan oleh Menteri adalah pergerakan terus negeri PKPP ke negeri yang PKPP juga: Pahang (PKPP) ke Terengganu (PKPP).

Sekiranya negeri itu harus melalui negeri PKPB maka kenderaan ini hendaklah meneruskan perjalanan ke negeri PKPP tanya berhendi di mana-mana kawasalan PKPB. COntoh Putrajaya nak ke Melaka kena lalu Negeri SEmbilan (PKPB) jadi kenderaan tak boleh berhenti di N9.

Bagi makluman lanjut SOP yang telah ditetapkan anda boleh melihat di laman sesawang MOTAC.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*