Connect with us

Umum

Pembayaran i-Sinar KWSP bermula hari ini

Published

on

Pembayaran i-Sinar KWSP bermula hari ini

Selepas lama menjadi isu akhirnya kerajaan membenarkan pengeluaran i-Sinar kepada mereka yang memerlukan. Hari ini diumumkan bagi mereka yang membuat permohonan sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat oleh kerajaan.

Pembayaran pula akan diberikan bermula hari ini. Menurut sumber, permohonan ini membabitkan mereka yang masih lagi menunggu keputusan kelulusan dan yang masih lagi berstatus tidak lulus sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria yang dilaksanakan sebelum ini.

Dalam satu kenyataan mengatakan bahawa KWSP memohon agar pencarum yang membuat permohonan bersabar kerana proses kelulusan permohonan itu sedang berjalan. Sekiranya pemohon mendapati status permohonan mereka tidak mengalami sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari seterusnya.

Untuk pengetahuan anda semua, pada 11 Februari yang lalu, Menteri Kewangan Malaysia, menjelaskan bahawa permohonan KWSP dalam proses memansuhkan surat permohonan i-Sinar atas nasihat YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dengan itu, pencarum yang berumur kurang daripada 55 tahun dibolehkan membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1 tertakluk kepada baki yang mereka ada.

Seterusnya permohonan baharu kemudahan i-Sinar tanpa syarat akan dibuka mulai 8 Mac ini bagi mereka yang mahu mengeluarkan duit KWSP akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang mereka perolehi.

Permohonan pencarum akan diproses dalam masa 5 hari bekerja dan selepas tempoh itu pemohon boleh membuat semakan status permohonan dan tarikh pembayaran yang akan dibuat oleh pihak KWSP.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan

bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka.

Namun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000 dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Sementara itu, mereka yang mempunyai baki Akaun 1 kurang dari RM150 dan ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas, tidak layak memohon kemudahan i-Sinar.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sukan

Siaran langsung Malaysia vs Thailand 7 Januari 2023

Published

on

Saksikan perlawanan separuh Akhir Piala AFF Suzuki diantara pasukan Malaysia bertemu Thailand yang dijangka akan berlangsung pada sabtu ini.

Siaran langsung Malaysia vs Thailand 7 Januari 2023

Berikut merupakan informasi perlawanan dan pautan untuk live Malaysia vs Thailand 7 Jan 2023:

Tarikh: 7 Januari 2023

Waktu: 8.30 Malam

Tempat: Stadium Bukit Jalil

Link: pautan 1 | pautan 2


Keputusan perlawanan separuh akhir Malaysia lwn Thailand

Berikut adalah keputusan perlawanan separuh akhir AFF Suzuki 2023 diantara Malaysia dan Thailand di separuh akhir pertama:

Malaysia () – () Thailand


Piala AFF 2022

Untuk makluman semua, Malaysia layak ke perlawanan separuh akhir selepas menjadi naib juara kumpulan B dengan 9 mata selepas menundukkan Myanmar 1-0.

Selepas itu Malaysia berjaya mengejutkan Laos dengan jaringan 5-0 sebelum tumbang 0-3 ditangan Vietnam.

Perlawanan akhir di Bukit Jalil ternyata memberi kelebihan buat Harimau Malaya selepas berjaya mengalahkan Singapura dengan jaringan 4-1.

Manakala pasukan Thailand pula layak ke perlawanan Separuh akhir selepas menjadi juara kumpulan A dengan 10 mata.

Thailand berjaya mengalahkan Brunei 5-0 ditempat lawan sebelum meneruskan kemenangan berjaya menundukkan Filipina dengan jaringan 4-0.

Pasukan A.Polking ini akur seri dengan pasukan Indonesia ditempat lawan dengan jaringan 0-0 sebelum menutup aksi kumpulan dengan jaringan 3-0 bertemu Kemboja.

Continue Reading

Trending

Copyright @ Khaisya Resources