Pegawai Polis Bersuhabat Lepaskan Suspek Macau Scam

Malaysia menjadi antara negara yang rancak dengan aktiviti penipuan secara atas talian. Sebelum ini pihak Polis diraja Malaysia berjaya menahan beberapa suspek utama “scam” di Malaysia.

Isu scam ini terus menjadi perhatian media di negara kita apabila setiap bulan ada sahaja yang menjadi mangsa walaupun pelbagai cara telah dibuat untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia.

Namun begitu pada artikel kali ini kami ingin berkongsikan kenyataan yang dibuat oleh pihak Polis baru-baru ini apabila terdapat pegawainya terlibat dalam memberi perlindungan kepada suspek-suspek macau scam.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador mengatakan bahawa JIPS Bukit Aman berjaya menangkap seorang pegawai bersekongkol dalam melepaskan suspek sindikit Macau Scam di Pulai Pinang.

Pihaknya telah mengambil satu tindakan yang cepat bagi mengekang perkara itu. Kes tersebut dikatakan sebagai satu pengkhianatan kepada amanah yang telah saya berikan kepada semua anggota dan pegawai di bawah saya. Tambah Tan Sri Hamid.

“Hentikan perbuatan-perbuatan sebegini, di mana mereka telah melanggar peraturan, melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, memang kita nak dakwa pegawai-pegawai ni,” tegas Abdul Hamid.

Tan Sri Hamid ditemui selepas majlis pemakaian sayap juruterbang dan penutupan rasmi kursus Private Pilot’s Licence (PPL) No 18, Siri 01/2019 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM di Ipoh pada Jumaat.

Menurutnya, beliau tidak cenderung kepada tindakan tatatertib kerana hukumannya tidak setimpal.

Sehubungan itu, beliau akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SSP) untuk mengambil tindakan lebih tegas, seperti buang kerja dan turun pangkat.

Difahamkan, pegawai tersebut berpangkat Inspektor dan berkhidmat di bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Semoga PDRM terus menjalankan siasatan terhadap anggota dan pegawai kerana kami juga pasti ada ramai lagi yang terlihat. Semoga Polis terus amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*