Connect with us

Umum

Malaysia Juara Shah Firdaus no 1 Azizul Hasni no 2

Published

on

Nampaknya pasukan berbasikal negara terus menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa apabila hari ini sekali lagi mendapatkan tempat pertama. Apa yang lebih membanggakan pasukan negara 2 wakil negara naik podium.

Ini selepas jaguh basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom berjaya memberikan satu kejutan dalam acara keirin apabila memenangi kejuaran Keirin Victoria 2021 sebentar tadi.

Hal ini berjaya menjadikan kenangan manis pada Kejohanan Trek Elit Victoria minggu lepas berjaya diulangi oleh wakil negara. Juara dan tempat kedua kejohanan menjadi milik negara.

Dalam posting yang dibuat oleh Azizulhasni di laman instagram miliknya mengatakan bahawa kejayaan yang diperolehi oleh Shah Firdaus ini secara tidak langsung memberi gambaran mereka juga bersedia untuk membawa kejayaan di Sukan Olimpik Tokyo.

Azizul mengatakan bahawa Shahrul berjaya membuktikan bahawa dia juga mempunyai potensi besar bagi membawa kejayaan di Olimpin Tokyo yang akan berlangsung nanti selepas berjaya mengalahkan saya dalam acara keirin yang diadakan hari ini.

Shahrul berjaya beraksi dengan sangat cemerlang bagi merangkul kejayaan di tempat pertama manakala saya pula hari ini sekadar berada di kedudukan kedua.

Manakala pelumba dari Victorian Institute of Sports berada di tempat ketiga. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang memberikan kami sokongan.

Malaysia boleh Malaysia boleh tambah Azizulhasni. Untuk pengetahuan anda semua, pada minggu lepas Shah dan Azizul berada dalam fasa latihan bagi aksi Tokyo2020 dan berjaya meraih penamat juara dan no 2 dalam acara pecut di Kejohanan Trek Elit.

Bukan itu sahaja untuk sejarah 2 wakil Malaysia ini bukanlah satu nama asing dalam saingan domestik di Australia kerana Shahrul dan Azizul pernah meraih emas dan gangsa dalam acara sama di Brisbane pada Disember yang lalu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Published

on

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Seorang lelaki cukup menguji kesabaran seekor kucing yang mengantuk apabila dia dengan sengaja menyanyikan lagu kuat-kuat. Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama MCMC di Facebook, dilihat kucing yang matanya terpejam itu sedang baring di sebelah seorang lelaki. Nampaknya kucing itu hendak tidur. Namun apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut membuatkan kucing berkenaan berasa bengang.

Pada mulanya lelaki tersebut turut sama menyanyikan lagu yang berkumandang di radio dengan nada rendah. Namun melihatkan tiada tindak balas daripada kucingnya, dia meninggikan sedikit nada suaranya. Kucing tersebut terus memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu merendahkan nada suaranya dan kucingnya kembali menutup mata.

Lelaki itu menyanyikan lagi lagu tersebut dengan nada perlahan dan tinggi. Apabila dia menyanyi dengan nada tinggi, kucing yang mengantuk itu bangun dan mengagah untuk mencakar. Lelaki itu terdiam. Kucing yang mengantuk itu kemudiannya beralih tidur dan membelakangkan tuannya.

Nampaknya lelaki tersebut masih belum puas lagi mengganggu tidur kucing peliharaannya itu. Sesekali dia akan meninggikan nada suaranya dan membuatkan kucingnya membuka mata semula.

Kucing itu dilihat hampir hilang sabar tetapi masih tidak mencakar tuannya. Renungan mata dan sedikit agahan hanya untuk menakut-nakutkan tuannya itu dengan harapan tuannya itu berhenti mengganggu tidurnya.

Lelaki itu berhenti menyanyi apabila dia melihat kucingnya lebih agresif. Mungkin kesabaran kucingnya semakin menipis tetapi tidak bertindak ganas. Namun dia bimbang juga jika kucingnya itu benar-benar akan mencakarnya.

Lelaki itu berterusan mengusik kucingnya dan akhirnya kucing tersebut hilang sabar. Kucing itu menggigit manja siku tuannya.

Lelaki berkenaan terjerit kecil. Walaupun berasa sakit tetapi nampaknya dia begitu puas kerana dapat mengusik kucingnya itu.

Kepada pemilik kucing di luar sana, pernahkah anda melakukan hal yang sama seperti lelaki tersebut? Jika pernah, apakah tindak balas kucing anda? Sudilah kiranya anda berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.

VIDEO KLIK DISINI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending