Kompaun RM10000 bukan untuk semua, Ini Penjelasan Ketua Polis Negara

Kompaun RM10000 bukan untuk semua, Ini Penjelasan Ketua Polis Negara

Sebelum ini kecoh apabila kerajaan dikatakan akan menaikkan nilai kompaun untuk kesalahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Ramai yang telah salah faham tentang perkara tersebut.

Di media sosial dapat kita lihat bahawa ramai yang tidak bersetuju dengan nilai terbaru tersebut yang dikatakan terlalu tidak masuk akal. Daripada RM1000 ke RM10000 bukan lah satu jumlah yang kecil.

Menurut pihak PDRM, mereka mengatakan bahawa kompaun yang akan berkuatkuasa pada 11 Mac ini hanya akan dikenakan kepada mereka yang telah melakukan kesalahan berulang yang boleh menyebabkan penularan c-19 berulang lagi.

Ini ditegaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang mengatakan bahawa kompaun tersebut dibuat bagi kesalahan yang berulang. Pihak Polis katanya akan mengeluarkan tawaran kompaun berkenaan berdasarkan kepada rekod yang mereka ada.

Jelasnya lagi, kompaun ini bukan la sewenang-wenangnya akan dikenakan kepada mana-mana individu. Seperti contoh mereka yang gagal memakai pelitup muka buat kali pertama tidak akan dikenakan kompaun RM10000 tersebut.

Namun sekiranya mereka degil seperti berulang membuat kesalahan merentas negeri sehingga menyebabkan penularan kembali c-19 maka mereka itu akan dikompaun sebanyak RM10000.

Individu yang dikenakan kompaun tersebut boleh membuat rayuan bagi pengurangan dengan membuat rayuan di Kementerian Kesihatan (KKM). Mungkin katanya daripada RM10000 tersebut individu tersebut hanya perlu bayar RM200 selepas membuat rayuan dan alasan yang akan diberikan.

Tegasnya lagi, kompaun sebanyak RM50,000 pula akan dikenakan terhadap mana-mana syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama. Perkara ini telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan) pindaan 2021.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*