Jurulatih Indonesia Yakin Mereka Mampu Kalahkan Vietnam

ASIA: Skuad Garuda atau Indonesia secara logiknya telah tersingkir dari saingan kelayakkan Piala Dunia/Piala Asia selepas kalah dalam 5 perlawanan awal mereka sebelum ini. Mereka telah membuat perubahan drastik dengan memecat jurulatih mereka Simon Mcmeremey dengan pampasan hampir RM1 juta.

Walaupun tidak layak ke pusingan berikutnya Indonesia nampaknya cuba membuktikan sesuatu selepas mereka berjaya menampilkan aksi terbaik di bawah jurulatih baru Shin Tae Yong.

Pasukan Garuda ini berjaya mendapatkan mata pertama mereka selepas beraksi dalam perlawanan ke-6 bertemu pasukan Thailand baru-baru ini. Mereka berjaya mengikat pasukan Thailand dengan keputusan 2-2 dalam aksi kumpulan G tersebut yang berlangsung di Stadium Al-Maktoum, Dubai.

Kejayaan tersebut sudah pasti membuka dan menarik perhatian peminat bolasepak Asia Tenggara. Mereka nampaknya tidak mahu memberi jalan mudah kepada mana-mana pasukan yang bertemu mereka untuk baki saingan kelayakkan piala dunia 2022/Piala Asia 2023 ini.

Sudah pasti kejayaan itu menjadi suntikan semangat kepada seluruh pemain Merah Putih itu. Dalam perkembangan terkini, jurulatih baru mereka Shin Tae Yong percaya bahawa pasukannya akan memberi kejutan kepada pasukan Vietnam yang akan mereka temui pada 8 Jun nanti.

Menurut jurulatih tersebut, anak buatnya mempunyai keyakinan dan prestasi luar biasa ketika bertemu Thailand dan perkara itu akan cuba dikekalkannya untuk bertemu Vietnam.

Walaubagaimanapun beliau akan mengubah corak dan tektikal permainan pasukannya selepas dia merasakan jurulatih Vietnam sudah melihat video perlawanan mereka bertemu Thailand. Jadi tektikal baru akan diserapkan kepada pasukan mereka apabila bertemu Vietnam nanti.

Vietnam kini mencari kemenangan seterusnya bagi memastikan peluang mereka layak kepusingan berikutnya semakin cerah selepas Malaysia ditundukkan oleh UAE dengan jaringan besar 4-0. Malaysia pula pada masa ini mengharapkan keajaiban untuk mendapatkan 6 mata penuh dan mengharapkan Vietnam atau UAE tewas kesemua baki perlawanan atau seri semua baki perlawanan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*