Connect with us

Umum

De Paula bersama beberapa pemain Harimau Malaya “Work From Home”

Published

on

MALAYSIA: Nampaknya hasrat peminat bolasepak tanah air untuk melihat skuad Harimau Malaya mendapatkan 3 mata penuh pada hari ini tidak kesampaian apabila Malaysia dibenam dengan jaringan 4-0 oleh United Arab Emirates tempat lawan.

Perlawanan yang diiringi pasukan marhaban dan nasyid tuan rumah ternyata berbeza dengan perlawanan di Bukit Jalil pada 2019 yang lalu. Malaysia menurunkan kesebelasan utama yang dibarisi oleh beberapa muka baru termasuk pemain natrulisasi, namun begitu beberapa pemain tidak memberikan impak yang begitu baik buat pasukan Harimau Malaya.

Beberapa pemain dalam perlawanan malam tadi jelas tidak memberikan sumbangan untuk pasukan negara. Mereka seolah-olah tidak hadir dalam perlawanan tersebut. Antara nama pemain yang dikaitkan oleh peminat bolasepak tanah air sedang bekerja dari rumah (Work From Home) adalah De Paula, Syamer Kutty, Azam Azih.

Mereka seolah-olah tidak memberi sebarang sumbangan dalam perlawanan tersebut. Kemasukkan Syafiq Ahmad bagi membantu jentera hadapan pasukan Malaysia sedikit memberi harapan kepada penyokong pada mulanya namun begitu, kelompongan dibahagian hadapan yang hanya melihat pemain UAE memegang bola membuatkan Syafiq Ahmad berlari kesana kesini tanpa hala tujuan mencari bola sedangkan kawan-kawannya yang lain sedang menikmati pemandangan dan dendangan lagu nasyid.

Di bahagian bawah pula nampak kerja keras dari 4 pemain iaitu Davies, Dion, Aidil (Junior), Corbin. Mereka bekerja keras selama 80 minit permainan dimana pasukan UAE tidak jemu-jemu hadir untuk menghantar bola ke dalam gawang gol.

Akhirnya dalam minit ke-80 pemain pertahanan yang sudah mula bosan menahan bola memberikan keizinan kepada pemain UAE sebagai hadiah usaha keras mereka yang tidak jemu-jemu hadir ke kawasan Harimau Malaya. Akhirnya 3 gol berjaya ditambah dalam 10 minit terakhir permainan. Menjadikan keputusan penuh Malaysia 0-4 UAE.

Kekecewaan sudah pasti timbul dari riak wajah pemain apabila mereka hanya memiliki peluang yang besar sekiranya berjaya mendapatkan 3 mata penuh dalam perlawanan ini. Selepas ini mereka hanya mampu mengharapkan takdir yang baik jika mahu layak ke Sukan Asia. Mereka wajib menang keatas Thailand yang seri bertemu Indonesia, dan pasukan Vietnam yang kini mendahului kumpulan G.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Published

on

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Seorang lelaki cukup menguji kesabaran seekor kucing yang mengantuk apabila dia dengan sengaja menyanyikan lagu kuat-kuat. Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama MCMC di Facebook, dilihat kucing yang matanya terpejam itu sedang baring di sebelah seorang lelaki. Nampaknya kucing itu hendak tidur. Namun apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut membuatkan kucing berkenaan berasa bengang.

Pada mulanya lelaki tersebut turut sama menyanyikan lagu yang berkumandang di radio dengan nada rendah. Namun melihatkan tiada tindak balas daripada kucingnya, dia meninggikan sedikit nada suaranya. Kucing tersebut terus memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu merendahkan nada suaranya dan kucingnya kembali menutup mata.

Lelaki itu menyanyikan lagi lagu tersebut dengan nada perlahan dan tinggi. Apabila dia menyanyi dengan nada tinggi, kucing yang mengantuk itu bangun dan mengagah untuk mencakar. Lelaki itu terdiam. Kucing yang mengantuk itu kemudiannya beralih tidur dan membelakangkan tuannya.

Nampaknya lelaki tersebut masih belum puas lagi mengganggu tidur kucing peliharaannya itu. Sesekali dia akan meninggikan nada suaranya dan membuatkan kucingnya membuka mata semula.

Kucing itu dilihat hampir hilang sabar tetapi masih tidak mencakar tuannya. Renungan mata dan sedikit agahan hanya untuk menakut-nakutkan tuannya itu dengan harapan tuannya itu berhenti mengganggu tidurnya.

Lelaki itu berhenti menyanyi apabila dia melihat kucingnya lebih agresif. Mungkin kesabaran kucingnya semakin menipis tetapi tidak bertindak ganas. Namun dia bimbang juga jika kucingnya itu benar-benar akan mencakarnya.

Lelaki itu berterusan mengusik kucingnya dan akhirnya kucing tersebut hilang sabar. Kucing itu menggigit manja siku tuannya.

Lelaki berkenaan terjerit kecil. Walaupun berasa sakit tetapi nampaknya dia begitu puas kerana dapat mengusik kucingnya itu.

Kepada pemilik kucing di luar sana, pernahkah anda melakukan hal yang sama seperti lelaki tersebut? Jika pernah, apakah tindak balas kucing anda? Sudilah kiranya anda berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.

VIDEO KLIK DISINI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending