Bantuan Prihatin Rakyat Mula Dibayar Ramai kata Sudah Masuk

Bantuan Prihatin Rakyat Mula Dibayar Ramai kata Sudah Masuk

MALAYSIA: Kerajaan sebelum ini mengumumkan mereka akan membayar Bantuan Prihatin Rakyat atau dikenali sebagai BPR secara berperingkat bermula rabu ini.

Menurut sumber akhbar mengatakan bahawa seramai 8,45 juta rakyat akan menerima pembayaran fasa pertama ini dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM1.93 billion.

Menurut Menteri Kewangan Malaysiam Tengku Datuk SEri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa pembayaran kepada 4.4 juta penerima kategori isi rumah iaitu sebanyak RM300 setiap penerima dan sebanyak 4.05 juta orang akan menerima RM150 bagi kategori individu bujang.

Tambahna lagi, bagi individu bujang dan isi rumah bayaran duit ini akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank mereka bermula hari rabu ini.

Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai bank bayaran akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Seterusnya penerima bantuan ini yang berada di Sabah dan Sarawak yang mana mereka tidak mempunyai akaun bank akan mendapat duit ini bermula pada 1 Mac hingga 1 April. Namun begitu pihak kerajaan belum lagi mengumumkan lokasinya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) memaklumkan bahawa pembayaran fasa pertama BPR telah dipercepatkan iaitu pada hujung bulan Februari.

Ini adalah tindakan kerajaan bagi meringkan beban rakyat yang kini dibebani dengan wabak.

Menteri Kewangan memaklumkan bahawa pembayaran fasa pertama ini dibuat kepada penerima Bantuan Sara Hidup 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan kerajaan pada sebelum ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*