Adakah Wajar PKP Disambung, Status Bakal Diumum

Umum mengetahui sudah banyak negeri diberikan status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarak (PKPB). Namun begitu masih ada 4 negeri ketika ini masih lagi di bawah kawalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apakah 4 negeri itu bakal ditukar status atau akan dikekalkan ia akan diumumkan oleh Menteri pada 2 Mac 2021 ini. Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Kanan Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali.

Seterusnya Azmin turut mengatakan bahawa hal itu akan dibincangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini.

Tambahnya lagi, apa-apa pun kementerian akan melihat daripada pelbagai sudut sama ada ia akan ditamatkan pada 4 Mac ini atau dilanjutkkan lagi selepas melihat kepada pembentangan penilaian risiko yang akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu sidang khas.

Untuk pengetahuan semua katanya, pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarahnya akan membuat pembentangan penilaian risiko pada mesyuarat yang akan diadakan, selepas itu kami akan membuat penilaian dan membincangkan sama ada PKP diteruskan atau tidak.

Keputusan ini bersandarkan kepada pengalaman kita dan data yang telah diperolehi sejak setahun yang lalu.

Oleh itu, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa telus, kami akan memberi penjelasan kepada rakyat bagi semua keputusan yang telah diputuskan dalam mesyuarat.

Kerajaan hendaklah mempunyai justifikasi terhadap segala keputusan yang bakal diambil selepas ini sama ada akan dilanjutkan atau ditamatkan di 4 buah negeri tersebut berdasarkan kepada bukti data dan sains.

Insha Allah katanya kerajaan akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat dari segala aspek. Jadi rakyat hendaklah bersabar dan menunggu keputusan pada hari esok.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*